Era Baru Di Marseille Bermula, Rancang Belanja €200 Juta Untuk Musim Hadapan

Peminat kelab bola sepak terkemuka, Olympique Marseille telah menerima khabar gembira apabila pemilik baru kelab tersebut Frank McCourt mengumumkan pemberian dana €200 untuk pembelian pemain menjelang kempen musim hadapan.

Selepas hanya 3 hari bergelar pemilih kelab tersebut, usahawan dari Amerika Syarikat, Frank McCourt pantas mengumumkan perlantikan Pengarah Sukan yang baru iaitu Andoni Zubizarreta, bekas bintang Barcelona dan Sepanyol.

McCourt menjadi pemilik Marseille selepas membeli kelab tersebut daripada Margarita Louis-Dreyfus dengan harga hanya €45 juta.

Perlantikan Zubizarreta

Sebelum ini, pilihan utama McCourt untuk mengisi jawatan pengarah sukan adalah Monchi. Namun begitu, beliau terikat dengan kontrak jangka panjang di Sevilla. Marseille juga cuba mendapatkan Luis Campos, namun rundingan gagal.

Zubizarreta sebelum ini bekerja sebagai pengulas bola sepak di televisyen selepas dipecat oleh Barcelona daripada jawatan pengarah sukan pada awal tahun 2015.

Kini beliau akan kembali menggalas tugas tersebut di Marseille menggantikan Gunter Yakub. Zubizarretta pastinya teruja mendengar peruntukan sebesar €200 juta untuk membeli pemain.

zubi

Selain daripada Zubizarreta, McCourt turut mengumumkan perlantikan Rudi Garcia, bekas pengurus pasukan AS Roma sebagai pengendali baru skuad itu.

Menurut McCourt:

“Saya memilih Rudi kerana kami memiliki karakter yang sama. Kami juga ada cita-cita yang sama untuk membawa Marseille ke tahap terbaik.”

Rudi Garcia
Rudi Garcia

“Melantik seorang jurulatih yang pernah diiktiraf sebagai Pengurus Terbaik Tahunan Liga Perancis selama 3 kali adalah bukti jelas cita-cita kami.”

Garcia sebelum ini pernah membantu pasukan bukan pilihan, Lille menjuarai Liga Perancis dan juga juara Piala Perancis. Beliau juga bertanggungjawab mengasah bakat-bakat seperti Eden Hazard.

Sasaran Utama Adalah Ligue 1, UCL Sasaran Ketiga

McCourt telah memberikan peringatan awal agar semua staf teknikal yang baru dilantik memberikan hasil kerja yang terbaik dan 100%

“Saya mahu semua orang menyemai budaya sentiasa mahu menang,” tegas beliau dalam sidang media.

“Sasaran utama kami adalah memenangi Ligue 1, yang kedua ialah untuk memenangi lebih banyak trofi daripada sebelum ini dan yang ketiga adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara.”

“Kami perlu bekerja keras untuk melaksanakan sasaran tersebut.”

Kebangkitan Marseille

Dengan pengumunan daripada McCourt, nampak gayanya Marseille benar-benar serius mahu mengembalikan reputasi mereka sebagai salah sebuah kelab yang berjaya di Perancis dan Eropah.

Mereka juga, kekal satu-satunya kelab dari Perancis yang pernah memenangi UCL.

Marseille terkenal dengan nama bintang-bintang seperti Samir Nasri, Djibril Cisse, Didier Drogba, Hatem Ben Arfa, Steve Madanda dan ramai lagi.

Aspirasi dan impian McCourt sangat tinggi untuk projek beliau kali ini. Sebelum ini, ramai penyokong Marseille memboikot perlawanan kelab kesayangan mereka tanda protes kepada pemilik kelab lama dan juga prestasi buruk kelab tersebut.

Kini mereka berada di tangga ke-11 dalam carta Ligue 1.

Kehadiran McCourt disambut dengan nada gembira oleh penyokong Marseille yang berpendapat mereka memang mahukan pemilik seperti McCourt.

Presiden Paris St. Germain, Nasser Al-Khelaifi turut mengalu-alukan kedatangan McCourt ke Liga Perancis.

“Orang seperti McCourt diperlukan dalam Ligue 1 dan saya gembira mendengar berita ini. Kita perlukan lebih ramai orang seperti McCourt untuk menaikkan lagi liga Perancis.”

Kesimpulannya, McCourt jelas mahukan kelab ini bangkit segera dengan meletakkan sasaran jelas kepada Ligue 1. Adakah anda rasa ia sasaran yang realistik untuk Marseille mensasarkan kejuaraan Ligue dalam kadar segera?

Baca juga : 7 Bintang Bola Sepak Yang Berasal Dari Keluarga Miskin Dan Daif

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN