Buat kali pertama, pemain remaja Manchester United, Mason Greenwood menyumbat dua gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk membantu pasukannya bangkit dari ketinggalan sebelum membelasah Bournemouth 5-2 di Old Trafford pada Sabtu.
Ole Gunnar Solskjaer mengekalkan kesebalasan utama pasukannya yang meraih kemenanangan ke atas Brighton tempoh hari termasuk gandingan tiga serangkai Marcus Rashford, Anthony Martial dan Greenwood.
Greenwood menyamakan kedudukan selepas Junior Stanilas mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan pada minit ke-15 selepas menggelecek Harry Maguire dan menewaskan David De Gea.
500 – Junior Stanislas’ opener for Bournemouth was the first time Manchester United conceded in 500 minutes of play in all competitions at Old Trafford since Jay Rodriguez scored against them for Burnley in January. Surprise. pic.twitter.com/9T5Z5SNMH2
— OptaJoe (@OptaJoe) July 4, 2020
Marcus Rashford menjadikan kedudukan 2-1 menerusi sepakan penalti dan rembatan lencong Anthony Martial dari luar kotak penalti tepat menuju ke penjuru gawang menambah lagi kelebihan sebelum rehat separuh masa.
Joshua King yang kini sedang menjadi buruan United kembali merapatkan kedudukan menjadi 3-2 juga menerusi sepakan penalti kerana kesilapan Eric Baily sebelum Greenwood kelai lagi menjaringkan gol dengan rembatan kencang menggunakan kaki kanannya pada babak kedua.
Bruno Fernandes meneruskan rekod cemerlangnya dengan gol dari sepakan percuma yang juga merupakan gol keenamnya dalam saingan EPL sejak menyertai United pada Januari lalu.
10 – Bruno Fernandes (5 goals & 5 assists) has reached 10 goal involvements in his 9th Premier League appearance for Man Utd, the joint-quickest of any player for the club alongside Eric Cantona and Robin van Persie. Stature. pic.twitter.com/IhIUISM8za
— OptaJoe (@OptaJoe) July 4, 2020
Martial dan Rashfir kedua-duanya sudah mengumpul 20 gol pada musim ini manakala Greenwood pula telah menyumbang 15 gol dalam semua pertandingan.
Rekod tersebut telah pun mengatasi 51 gol yang dijaringkan oleh tiga penyerang utama Liverpool, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino untuk musim 2019/20.
Solskjaer yang ditemubual selepas perlawanan mengatakan beliau tidak tertekan apabila pasukannya ketinggalan kerana yakin anak buahnya boleh menjaringkan gol dan menang.
“Ianya perlawanan yang sangat menarik, bermain dengan corak menyerang di hadapan Stretford End. Malangnya di sana tiada penyokong yang menonton,” ujar jurulatih warga Norway itu.
“Jika mereka ada mungkin kami boleh menjaringkan lebih banyak gol. Saya gembira dengan tenaga luar biasa pasukan ini.”
Beliau turut memuji persembahan Greenwood yang dianggap sangat matang berbanding usianya yang masih muda sehingga mampu menjadi pemain penting buat The Red Devils.
“Dengan kaki kiri atau kanan, dia boleh menjaringkan gol. Saya tak mahu meletakkan tekanan yang tinggi kepadanya. Biar sahaja dia bermain dengan bebas dan kita tengok apa yang dia akan lakakan. Ianya adalah satu bonus apabila memiliki pemain sepertinya di dalam skuad.”
🧨@MasonGreenwood 🧨#MUFC pic.twitter.com/j3dDRqRiGq
— Manchester United (@ManUtd) July 4, 2020
Manchester menang tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak mereka meraih enam kemenangan berturut-turut pada Disember 2018 hingga Januari 2019 ketika awal Solsjkaer mengambil alih pasukan.
Mason Greenwood yang menjaringkan gol kelapan EPL musim ini menjadikan beliau di antara pemain berusia 18 tahun dan kebawah yang meraih pencapain itu selain Michael Owen, Robbie Fowler dan Wayne Rooney.