Perlawanan tumpulan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini di antara Manchester United dan Chelsea berakhir seri tanpa jaringan.
Aksi dalam cuaca hujan lebat di Old Trafford itu menyaksikan kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sepanjang 90 minit perlawanan sekalipun kedua-dua pasukan beroleh beberapa peluang untuk mencipta jaringan.
Penyerang baharu United, Edinson Cavani yang membuat penampilan pertamanya sebagai pemain gantian hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk mencipta impak selepas sentuhannya nyaris menembusi gawang gol Chelsea.
#MUFC debut ✅
There's a lot more to come from @ECavaniOfficial in a red shirt 💪🔴 pic.twitter.com/bsyZREcWCa
— Manchester United (@ManUtd) October 24, 2020
Namun debutnya dibayangi oleh kecemerlangan penjaga gol baharu Chelsea, Edouard Mendy yang menyelamatkan beberapa percubaan sepanjang perlawanan untuk memastikan Chelsea berjaya mencuri satu mata di gelanggang lawan.
Buat kali pertama United gagal memenangi tiga perlawanan awal EPL di gelanggang sendiri sejak musim 1972/72. Dua perlawanan sebelum ini mereka tewas kepada Crystal Palace dan Tottenham Hotspur.
Keputusan Ole Gunnar Solskjaer untuk tidak menurunkan pemain tengah kreatif Donny van de Beek telah menimbulkan kemarahan penyokong United di media sosial.
🔵 Chelsea's results in their three matches with Edouard Mendy and Thiago Silva both starting
4⃣-0⃣ 🆚 Crystal Palace
0⃣-0⃣ 🆚 Sevilla
0⃣-0⃣ 🆚 Chelsea pic.twitter.com/mS1vLCIExi— WhoScored.com (@WhoScored) October 24, 2020
United yang telah beraksi lima perlawanan hanya mengumpul tujuh mata terus menghuni tangga bawahan liga di kedudukan ke-15 sementara Chelsea pula di tempat keenam dengan sembilan mata selepas enam perlawanan.