Quantcast

BERITA

EPL: The Reds Dramatik

Liverpool meneruskan rentak kemenangan awal musim ini.

Dalam aksi berhadapan Leicester Anfield, Liverpool menunggu sehingga ke masa kecederaan untuk mendapat gol kemenangan.

Liverpool bermula dengan garang dalam perlawanan ini dengan melakukan banyak serangan dengan intensiti yang tinggi.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers, lebih selesa menyerap tekanan dan cuba menyerang balas apabila ada peluang.

James Milner memiliki peluang keemasan dari dalam kotak penalti namun gagal disudahkan dengan lebih kemas.

Liverpool akhirnya di hadapan menerusi Sadio Mane selepas kesilapan pertahanan lawan, gagal menanduk bola. Mane meluru ke hadapan dalam situasi 1 lawan 1 beliau mudah menewaskan Kasper Schmeichel.

Gol ke-50 oleh Mane dalam penampilan ke-100 beliau untuk Liverpool.

Pada separuh masa pertama Liverpool sangat dominan dengan melakukan 13 percubaan ke arah gol dan 6 percubaan tepat.

Leicester pula gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol dalam 45 minit pertama.

Pada separuh masa kedua, Leicester menukar corak permainan dan lebih berani untuk menyerang.

Liverpool beberapa kali berjaya mengatasi garisan pertahan akhir Leicester namun gagal menyudahkan gerakan dengan lebih baik.

Tiba minit ke-82, James Maddison menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat.

Ketika perlawanan seakan-akan berkahir seri 1-1, Liverpool mendapat penalti selepas Sadio Mane dijatuhkan.

James Milner dengan tenang menyempurnakan penalti yang memberikan kemenangan berharga berharga.

Perlawanan berakhir dengan 2-1. Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini, serta rekod kemenangan 100% daripada 8 perlawanan.