EPL: Tandukan David Luiz Lonjak Arsenal Ke Tangga Ketiga

Arsenal meneruskan prestasi cemerlang mereka dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Arsenal memastikan 3 mata milik mereka apabila menewaskan Bournemouth di tempat sendiri.

David Luiz menjadi wira Arsenal, dengan jaringan awal perlawanan. Luiz menjaringkan gol pada minit ke-9, selepas menerima hantaran Nicolas Pepe menerusi sepakan penjuru.

Itu merupakan jaringan pertama Luiz bersama dengan Arsenal.

Arsenal sangat dominan pada separuh masa pertama, sehingga satu ketika mereka menguasai perlawanan hampir 80%. Aksi separuh masa pertama The Cherries pula sangat teruk, penuh dengan aksi cemerkap.

Aubameyang memiliki peluang untuk menambah gol Arsenal, namun rembatan beliau tidak cukup lencong untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Nicolas Pepe kemudian dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Diego Rico. Namun VAR menyatakan itu bukan penalti. Penyokong Arsenal di Emirates seakan-akan tidak percaya dengan keputusan itu.

Pada separuh masa kedua, Bournemouth memperbaiki rentak mereka.

Kemasukan Ryan Fraser pada minit ke-63 – pemain sasaran Arsenal dalam jendela perpindahan lalu – ternyata memberikan dimensi berbeza kepada The Cherries.

Arsenal dipaksa bekerja keras untuk bertahan dalam beberapa situasi. Arsenal juga kelihatan bergelut dengan tempo permainan. Sukar untuk Emery menjadikan alasan keletihan kerana beliau melakukan 10 pertukaran daripada pasukan yang beraksi dalam UEL.

Walaubagaimanapun, Arsenal berjaya bertahan dan memastikan kemenangan 1-0.

Paling penting 3 mata milik mereka. Arsenal naik ke tangga ketiga dalam carta EPL, selepas Leicester yang tewas di Anfield, semalam.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN