EPL: Tammy Abraham Terus Meledak, Chelsea Menang Mudah

Chelsea berhadapan dengan Southampton di St-Mary. Pasukan bimbingan Frank Lampard meneruskan rentak cemerlang mereka dengan kemenangan bergaya 1-4.

Paling mencuri tumpuan, pastinya, pemain muda Chelsea, Tammy Abraham. Pemain yang menjadi rebutan Nigeria dan England pada minggu ini.

Beliau meneruskan rentak cemerlang di hadapan gol dengan gol ke-8 beliau dalam kancah EPL.

Tammy Abraham membuka tirai jaringan untuk Chelsea seawal minit ke-17.

Seorang lagi pemain graduan Chelsea, Mason Mount juga meneruskan aksi cemerlang beliau pada awal musim ini. Mount menambah gol Chelsea pada minit ke-24.

Danny Inges merapatkan kedudukan untuk pasukan tuan rumah. Namun begitu, N’golo Kante menjaringkan gol ketiga Chelsea, kira-kira 5 minit sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Southampton cuba memperbaiki rentak permainan mereka. Namun Chelsea tetap menjadi pasukan yang lebih bahaya. Callum Hudson Odoi mempersiakan peluang keemasan, selepas menerima hantaran pembunuh daripada Willian.

Pada separuh masa kedua, Michy Batshuayi menambah 1 lagi gol untuk Chelsea pada minit akhir perlawanan, selepas menerima hantara Christian Pulisic.

Kemenangan ini melonjakkan Chelsea ke tangga ke-5, berkongsi 14 mata dengan Leicester dan hanya 1 mata di belakang Arsenal yang berada di tangga ke-3.

Kekalahan ini pula, meletakkan Southampton dalam kedudukan yang agak teruk iaitu di tangga ke-16 dalam liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN