Perlawanan ini merupakan perlawanan yang segalanya berkenaan dengan pemain muda Chelsea, Tammy Abraham.
Beliau menjaringkan gol untuk kedua-dua pasukan – dan tak lupa meledak hatrik dalam perlawanan yang berlangsung di Molineux.
Tammy Abraham menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dengan jarak 7 minit di antara gol tersebut.
Sorang lagi pemain muda Chelsea, Fikayo Tomori menjaringkan gol ketiga untuk The Blues.
Abraham kemudian menjarakkan lagi jurang gol kepada 4-0 selepas Tammy Abraham melengkapkan hatrik, pada minit ke-55.
Tammy Abraham is the youngest player to score a Premier League hat-trick for Chelsea.
They've finally found that No.9. 🎩 pic.twitter.com/a470l7LXRM
— Squawka (@Squawka) September 14, 2019
Walaubagaimanapun, Abraham tertolak bola ke gawang sendiri pada minit ke-69.
Pada baki 5 minit terakhir, Cutrone menjaringkan 1 lagi gol untuk Wolves.
Mason Mount melengkapkan kecemerlangan graduan Chelsea dengan gol ke-5 pada masa kecederaan.
Chelsea's first 10 goals of a Premier League season have been scored by English players for the first time in the competition's history.
Tammy Abraham scored seven of them. 🔵 pic.twitter.com/bYFvOk70hn
— Squawka (@Squawka) September 14, 2019
Ini merupakan kemenangan kedua Chelsea musim ini. Manakala untuk Wolves, mereka masih belum mencipta sebarang kemenangan lagi selepas 5 perlawanan.