EPL: Spurs Lebur Rekod Tanpa Kalah Chelsea, Morata Pintas Rekod Ofsaid Bournemouth

Tottenham Hotspur mempamerkan aksi bertenaga untuk menang dalam aksi menentang Chelsea di Wembley pada awal pagi tadi. Spurs menang 3-1 ke atas Chelsea, dan ia adalah kekalahan pertama The Blues dalam kempen EPL musim ini.

Kemenangan ini juga membolehkan Spurs memintas Chelsea untuk naik ke tangga ke-3. Chelsea jatuh ke tangga ke-4.

Dalam 16 minit pertama Spurs mendahului Chelsea dengan 2 gol. Pertamanya adalah menerusi Dele Alli yang melakukan tandukan ‘flick’ menewaskan Kepa Arrizabalaga.

Manakala gol kedua Spurs adalah daripada Harry Kane yang merembat masuk bola dari luar kotak penalti. Arrizabalaga ternyata kecewa dengan David Luiz yang mengelak bola itu seolah-olah melakukan ‘dummy’ ke atas penjaga gol sendiri.

Sebagai pertahanan, Luiz sepatutnya menghadang bola itu dan bukannya mengelak.

Pada separuh masa kedua Spurs menjaringkan 1 lagi gol menerusi Son Heung Min. Penyerang dari Korea Selatan tersebut memecut laju mengatasi Jorginho dan David Luiz. Beliau kemudian menewaskan Arrizabalaga dengan rembatan deras.

Chelsea mendapat 1 gol sagu hati menerusi pemain gantian – Olivier Giroud. Ini adalah gol EPL ke-20 Giroud sebagai pemain gantian, hanya Jermaine Defoe lebih banyak melakukannya dengan 24 gol.

Tottenham berjaya menghancurkan pelan taktikal Chelsea dengan sangat berkesan. Dele Alli berjaya memberikan tekanan kepada Jorginho untuk menutup hantaran pivotal pemain tersebut. Jorginho jelas terganggu dengan tekanan yang dikenakan oleh Alli sepanjang perlawanan.

Eden Hazard dan Willian gagal untuk mendapat ruang lebih besar di bahagian sayap kerana Spurs sangat agresif mematikan ancaman. Peluang Chelsea banyak dicipta dengan hantaran lintang. Hazard hanya melakukan 1 percubaan tepat yang diselamatkan oleh Lloris. Satu-satunya ‘save’ dilakukan oleh Lloris dalam aksi ini.

Alvaro Morata lebih banyak ofsaid berbanding dengan percubaan tepat. Beliau ofsaid 3 kali dan hanya melakukan 1 percubaan tepat dalam perlawanan ini.

Alvaro Morata kini mencipta rekod ofsaid yang agak luar biasa, beliau memintas Bournemouth dan hanya Newcastle (19) dan Spurs (20) lebih banyak daripada beliau.

Di Twitter, nama Morata mulai menjadi bahan kerana statistik pelik itu.

https://twitter.com/stu_a_rt/status/1066428656816480261

Spurs memiliki beberapa lagi peluang yang gagal untuk mereka sudahkan. Tamat perlawanan Spurs 3 Chelsea 1.

Ini adalah kekalahan pertama Maurizzio Sarri dalam EPL sejak menggantikan Antonio Conte. Sebelum ini Sarri menyatakan kerisauan beliau ke atas kegagalan Chelsea memulakan perlawanan dengan baik dalam beberapa perlawanan.

Ternyata masalah itu menghantui mereka dalam perlawanan ini. Chelsea kini mengutip 30 mata selepas 13 perlawanan, menyamai rekod terbaik mereka pada 2011/12.

Spurs meneruskan rekod baik mereka ke atas Chelsea dalam beberapa musim kebelakangan ini. Mereka menang 3 daripada 4 perlawanan EPL terakhir ke atas Chelsea. Angka kemenangan yang sama mereka catatkan dalam 20 perlawanan sebelum itu.

Spurs selepas ini akan berhadapan dengan Inter Milan dalam saingan UCL, manakala Chelsea akan berhadapan dengan PAOK Salonika dalam saingan UEL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN