EPL: Spurs Keciciran Mata Sekali Lagi, 2 Pemain Dibuang Padang Ketika Menentang Bournemouth

Tottenham Hotspur sekali lagi (‘sekali lagi’ – sudah beberapa kali setakat ini) mempersia-siakan peluang untuk memahat kedudukan 4 teratas. Kali ini mereka tewas di tangan Bournemouth dengan 2 pemain mereka dilayangkan kad merah.

Son Heung Min dilayangkan kad merah terus apabila menolak Jefferson Lerma pada akhir separuh masa pertama.

https://twitter.com/Go1288/status/1124666920186155009

Selain itu, Eric Dier yang beraksi teruk – juga bernasib baik tidak dilayangkan kad merah lebih awal.

Pochettino melakukan pertukaran pada separuh masa kedua. Lebih malang, pemain gantian, Juan Fosyth hanya berada di atas padang selama 2 minit 13 saat, dan beliau dilayangkan kad merah – kerana bentesan bahaya ke atas Jack Simpson.

Spurs kini hanya menang sekali dalam 4 perlawanan EPL terakhir mereka. Spurs kekal 70 mata, dibezakan 4 mata daripada Arsenal yang masih ada 2 perlawanan di dalam tangan.

Tottenham perlu mendapatkan keputusan positif ke atas Everton selepas ini untuk memastikan mereka tidak terlepas slot UCL.

Pochettino mengakui sangat sukar untuk bermain dengan kurang 2 pemain. Namun beliau akur, tiada kuasa untuk mengubah keadaan. Fokus Spurs sekarang adalah aksi separuh akhir kedua menentang Ajax dan juga perlawanan liga terakhir menentang Everton.

Bournemouth menang 1-0 dalam aksi yang hampir berkesudahan seri meskipun mereka bermain dengan kelebihan 2 pemain pada separuh masa kedua.

Tandukan Nathan Ake hasil sepakan penjuru oleh Ryan Fraser pada masa kecederaan menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan ini juga, Eddie Howe memberikan debut kepada Travers – 2 minggu sebelum hari jadi beliau ke-20. Sekaligus menjadikan beliau penjaga gol paling muda melakukan debut dalam EPL selepas Joe Hart pada 2006.

Travers beraksi cemerlang dalam debut beliau. Antaranya melakukan aksi menyelamat akrobatik menafikan percubaan Lucas Moura dan Dele Alli.

https://twitter.com/FTalentScout/status/1124666103848886272

Tottenham Hotspur melalui perjalanan yang agak teruk di tempat lawan sejak akhir-akhir ini.

Selain itu, inilah pertama kali mereka tewas dalam 6 perlawanan liga di tempat lawan secara berturut-turut sejak 2004.

Mereka juga mencipta rekod tidak diingini; 19 kekalahan dalam semua pertandingan.

Mampukah Spurs menamatkan saingan di tangga ke-4 musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN