EPL: Rudiger Selamatkan Chelsea

Pemain bek tengah Jerman dan Chelsea, Antonio Rudiger telah menjadi penyelamat pasukan Chelsea dalam perlawanan ini hanya selepas beliau meletakkan pasukannya terlebih di hadapan.

Chelsea sekali lagi keciciran mata dalam usaha medeka mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas.

Perlawanan rancak berlangsung di King Power Stadium.

Chelsea turun dalam perlawanan ini selepas Lampard mendakwa mereka sengaja menjadikan diri mereka underdog untuk persaingan empat teratas.

Ini selepas bahagian rekrut pemain Chelsea gagal untuk mendapatkan sebarang pemain dalam jendela perpindahan kali ini.

Lampard membuat keputusan drastik dengan menggugurkan nama penjaga gol termahal di dunia untuk memberikan peluang kepada Willy Caballero.

Pada usianya 38 tahun, penjaga gol dari Argentina itu masih mampu melakukan save menarik menafikan percubaan gol Jamie Vardy. Walaupun beliau bolos dua kali, namun aksinya agak baik pada hari ini.

Chelsea memiliki peluang keemasan pada mint ke-12, namun Mason Mount gagal menyudahkan percubaan dari jarak dekat.

Chelsea di hadapan pada minit ke-46, menerusi Antonio Rudiger yang menyambar bola sepakan penjuru Mason Mount..

Namun pendahuluan itu tidak bertahan lama. Harvey Barnes menyamakan kedudukan pada minit ke-54. Barnes melakukan cut inside dan rembatan yang melemaskan Caballero.

10 minit kemudian, giliran Leicester pula di hadapan menerusi Ben Chilwell. Beliau tidak dikawal di hujung kotak penalti, dengan tenang menyambar hantaran rendah daripada Youri Tielmans.

Walaubagaimanapun, pendahuluan itu juga tak lama. Lima minit kemudian, pada minit ke-71, Rudiger menjaringkan gol sekali lagi untuk Chelsea, dan kedua peribadinya malam tadi.

Sekali lagi kombinasi bola mati Mason Mount dan Rudiger membocori gawang Leicester.

Perlawanan bearkhir dengan keputusan 2-2. Chelsea dan Leicester masing-masing keciciran mata.

Ini adalah perlawanan keenam Chelsea gagal menang musim ini dalam EPL, selepas mendahului lawan.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN