EPL: Puasa Tak Jadi Halangan Salah Bantu Liverpool Rampas Kedudukan Pendahulu Liga

Salah Liverpool

Liverpool terus memastikan persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berlangsung sengit selepas mengetepikan cabaran Watford 2-0, sekaligus memintas kedudukan Manchester City selaku pendahulu liga buat sementara waktu.

Liverpool yang ketinggalan 14 mata pada 15 Januari telah merekodkan 10 kemenangan berturut-turut untuk mengejar skuad kendalian Pep Guardiola sebelum kedua-dua pasukan bertemu pada 10 April ini.

Beraksi pada hari pertama di bulan Ramadan, tumpuan terarah kepada penyerang Mesir, Mohamed Salah yang beraksi dalam keadaan berpuasa. Meskipun aksinya dilihat kurang bertenaga, namun masih berupaya memberikan sumbangan terbaiknya untuk perlawanan ini.

Dengan sepak mula dijadualkan pada jam 5.00 petang waktu di England, Salah telah diturunkan dalam kesebelasan utama yang memerlukannya untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang 90 minit perlawanan sebelum waktu berbuka yang hanya masuk pada jam 7.48 petang.

Seorang lagi pemain Muslim, Sadio Mane yang mengecewakan Salah di aksi playoff Piala Dunia tempoh hari memulakan perlawanan di bangku simpanan dan hanya dimasukkan pada minit ke-69.

Diogo Jota menjaringkan gol pendahuluian pada minit ke-22 dengan menanduk masuk hantaran lintang Joe Gomez yang juga merupakan gol ke-20 peribadinya pada musim ini.

Pemain gantian, Fabinho melengkapkan kemenangan Liverpool pada penghujung perlawanan bagi memastikan tiga mata diraih di tempat sendiri.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN