Manchester United melayan kunjungan Leicester City di Old Trafford, dalam usaha mereka memperbaiki prestasi.
Rashford meletakkan United di hadapan seawal minit ke-7 daripada sepakan penalti. Ini selepas beliau dijatuhkan oleh Soyoncu di dalam kotak penalti.
Rashford mengatasi rasa gemuruh dan tekanan selepas beberapa penalti yang gagal disempurnakan oleh Man United sebelum ini.
Manchester United kemudian cuba mempertahankan pendahuluan gol yang mereka miliki.
Leicester tidak cukup tajam di final third dengan banyak gerakan mereka termusnah.
Manchester United bergelut untuk mencipta peluang gol. Di mana hanya ada 1 peluang daripada permainan terbuka.
Pada separuh masa kedua, Leicester cuba mendominasi permainan. Namun mereka masih tak mampu untuk lebih kreatif untuk memecahkan pertahanan United yang berdisplin.
Marcus Rashford hampir menambah gol menerusi sepakan percuma yang terkena bucu tiang gol.
Tamat perlawanan. Manchester United mendapat 3 mata berharga di Old Trafford. Leicester mengalami kekalahan pertama musim ini.
Kemenangan ini berjaya memastikan United memintas Leicester untuk berada di 4 teratas.