Liverpool turun menentang Bournemouth di Stadium Vitality dalam sepak mula awal EPL pada Sabtu. Jurgen Klopp melakukan beberapa rotasi pemain kerana isu kecederaan dan kecergasan. James Milner diarahkan bermain bek kanan.
Bournemouth memberikan hari yang sukar kepada Liverpool pada awal perlawanan ini. Mereka menutup ruang dengan sangat baik.
Namun begitu Liverpool di hadapan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-25 – selepas percubaan Firmino gagal ditangkap kemas Asmir Begovic. Gol tersebut agak kontroversi kerana Mo Salah dilihat sedikit berada dalam kedudukan ofsaid.
Bersambung pada separuh masa kedua, Mohamed Salah menjaringkan 1 lagi gol untuk meletakkan pasukannya mendahului dengan 2 gol hanya selepas 3 minit perlawanan disambung semula.
Pada minit ke-68 Steve Cook melakukan jaringan sendiri selepas beliau cuba mengeluarkan hantaran lintang Andrew Robertson.
Pada minit ke-77, Mohamed Salah melengkapkan hatrik beliau. Salah menerima hantara Lalana. Beliau menggelecek penjaga gol dan menewaskan pertahanan dengan satu percubaan agak licik.
Composure 😎 #BOULIV pic.twitter.com/hvM5a8A9T3
— Liverpool FC (@LFC) December 8, 2018
Ini merupakan hatrik kedua Mohamed Salah untuk Liverpool. Beliau menjadi pemain Liverpool pertama melakukan hatrik di tempat lawan sejak Luis Suarez pada 2014.
Prestasi Firmino dan Mohamed Salah
Perlawanan ini jelas sekali menunjukkan prestasi cemerlang Firmino. Dan ianya bukan kebetulan apabila Firmino bermain dalam prestasi terbaik beliau akan membantu Mohamed Salah mendapatkan gol.
Pada musim ini Firmino kerap bergelut dengan prestasi beliau kerana berlaku perubahan pada sistem permainan Liverpool.
Mohamed Salah sekali lagi membuktikan kualiti beliau di hadapan gol serta kemampuan beliau untuk menewaskan lawan dengan mobiliti yang ada padanya.
Bournemouth 0-4 Liverpool
Mo Salah scores his second Liverpool hat-trick to take his league tally into double figures for the season and level with Pierre-Emerick Aubameyang atop the scoring charts.
Follow the action live — https://t.co/sm1jVyq0VT #BOULIV pic.twitter.com/4h13S6f5KT
— WhoScored.com (@WhoScored) December 8, 2018
Liverpool masih tak kalah
Liverpool kekal tidak kalah dalam EPL selepas 16 perlawanan. Permulaan terbaik mereka di dalam liga setakat ini dengan rekod 13 kemenangan dan 3 keputusan seri.
https://twitter.com/Squawka/status/1071409761638383616
Liverpool setakat ini sudah mengutip 42 mata daripada 16 perlawanan.
16 – Alisson has become the first @LFC player to remain unbeaten in his opening 16 @premierleague appearances for the club, overtaking Javier Mascherano's previous record of 15. Solid. pic.twitter.com/ooWW9qTcwP
— OptaJoe (@OptaJoe) December 8, 2018
Sementara untuk Bournemouth, ini merupakan kekalahan ke-7 mereka musim ini walaupun mereka bermula cemerlang dengan 7 kemenangan sebelum ini. Mereka kini sudah dibolosi sebanyak 26 kali daripada 16 perlawanan.