EPL: Menang 1-0 Lawan Norwich, Chelsea Tidak Lagi Dibayangi Angka ‘3’

Chelsea Norwich EPL

Walaupun tidak bermain pada prestasi terbaik, Chelsea bernasib baik berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Norwich City 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil jaringan Olivier Giroud di Stamford Bridge pada awal pagi tadi.

Penyerang Perancis itu menanduk masuk hantaran Christian Pulisic pada masa tambahan babak pertama untuk memastikan peluang Chelsea untuk menempah slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah semakin kukuh dengan terus kekal di tangga ketiga, empat mata mengatasi Leicester City dan Manchester United.

“Sangat penting untuk menjaringkan gol sebelum tamat separuh masa pertama, tetapi kami sepatutnya boleh menambah gol lagi kerana beroleh banyak peluang,” ujar Giroud yang ditemubual selepas perlawanan.

“Saya akui memang pasukan ini berdepan dengan tekanan kerana kami wajib menang. Jadi kami bertekad untuk beraksi sebaik mungkin malam ini kerana amat penting untuk mendapatkan tiga mata penuh.”

Sementara itu pengurus The Blues, Frank Lampard percaya pasukannya berhak meraih kemenangan dalam perlawanaan ini kerana beroleh banyak peluang sepanjang perlawanan, tetapi menurutnya yang lebih penting adalah kejayaan mengutip tiga mata.

“Saya percaya pasukan ini perlu perbaiki kualiti permainan berbanding apa yang kami tampilkan pada hari ini. Kami perlu bermain dengan lebih pantas dan tidak seharusnya membenarkan pihak lawan menjadi kompak.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu kritikal selepas berjaya mendapatkan tiga mata. Tidak mudah sebenarnya menghadapi tekanan di hujung musim, jadi saya berpuas hati dengan keputusan malam ini.”

Dengan perlawanan liga berbaki dua perlawanan, Chelsea kini perlu mengalih tumpuan mereka untuk pertandingan piala FA di mana mereka akan bertemu Manchester United di peringkat separuh akhir di Wembley pada Ahad.

Norwich yang sudah pun tersingkir akan melengkapkan dua lagi baki perlawanan EPL dengan menanti kunjungan Burnley dan bertandang ke Emirates berdepan Manchester City pada hari terakhir.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN