EPL: Mane Sedarkan Chelsea Belum Mampu Gugat Liverpool

Juara bertahan Liverpool membuktikan reputasi mereka sebagai kuasa baharu bola sepak England masih belum mampu digugat selepas menumpaskan pasukan berbelanja besar, Chelsea 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge.

Dua gol daripada Sadio Mane pada separuh masa kedua sudah cukup untuk mengecewakan skuad kendalian Frank Lampard yang terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Andreas Christensen dilayang kad merah pada penghujung babak pertama.

Percaturan Liverpool memasukkan pemain baharu mereka, Thiago Alcantara pada awal separuh masa pertama ternyata berbaloi selepas berjaya mendahului Chelsea dengan membuka jaringan pada minit ke-50 menerusi hantaran lintang Roberto Firmino yang ditanduk oleh Mane.

Penyerang Senegal tersebut kemudian bijak memanfaatkan kesilapan Kepa Arrizabalaga dengan memintas hantaran penjaga gol tuan rumah tersebut untuk meledak gol keduanya.

Peluang Chelsea untuk merapatkan kedudukan hadir pada minit ke-75 apabila Timo Werner yang membuat larian dari sebelah kiri dijatuhkan oleh Thiago dalam kotak penalti.

Namun Jorginho yang sebelum ini memegang rekod penalti 100 peratus dikecewakan dengan kecekapan Alisson Becker yang turut berjaya menafikan percubaan pemain gantian Tammy Abraham bagi memastikan gawangnya terus kebal tidak dibocori.

Ianya merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat skuad kendalian Jurgen Klopp untuk musim baharu ini dan berada dalam landasan terbaik untuk terus mengekalkan kejuaraan dan kini menduduki tangga ketiga di belakang Everton dan Arsenal yang turut mengumpul enam mata maksimum.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN