EPL: Manchester United Menang Seperti Biasa

Manchester United EPL

Jaringan tunggal Jadon Sancho pada babak pertama sudah cukup untuk memastikan Manchester United mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas mengatasi Leicester City 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada awal pagi Jumaat.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power itu, pasukan tuan rumah yang terdesak mencari kemenangan pertama musim ini jelas bergelut untuk  mengatasi penguasaan skuad kendalian Erik ten Hag.

Sancho yang menerima hantaran Marcus Rashford bijak mencari ruang untuk mengatasi garisan pertahanan lawan sebelum mengatasi penjaga gol untuk menyumbat masuk bola ke dalam gawang yang sudah terbuka pada minit ke-23.

Namun penjaga gol pelawat David de Gea juga dipaksa bekerja keras untuk menyelamatkan beberapa percubaan terutamanya sepakan percuma James Maddison pada separuh masa kedua.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Ten Hag jelas gembira dengan persembahan anak buahnya terutamanya penjaring gol kemenangan yang sudah menjaringkan dua gol pada awal musim ini.

“Saya percaya ini hanyalah permulaan sebenar buatnya,” ujar jurulatih warga Belanda tersebut mengenai Sancho yang pernah mencapai tahap terbaik ketika beraksi di Bundesliga sebelum ini.

“Dia mempunyai keupayaan yang luar biasa ketika beraksi di liga berbeza, tetapi ini adalah Premier League. Jadi dia perlu beradaptis secara mental dan fizikal kerana ternyata dia mempunyai kemahiran yang menakjubkan.

“Kami telah menunjukkan semangat berpasukan yang baik. Kami ada 11 orang pemain di atas padang yang berjuang untuk satu sama lain sehingga mendapat gol berpasukan yang cukup cantik.

“Masih ada ruang untuk terus membuat peningkatan, tetapi ini adalah normal pada permulaan musim.”

Kemenangan tersebut meletakkan The Red Devils naik ke kedudukan kelima liga selepas mengumpul sembilan mata dari lima perlawanan.

Kali terakhir United meraih tiga kemenangan berturut-turut adalah pada April 2021 dan sudah tentu para penyokong berharap momentum positif yang dijelmakan oleh barisan kejurulatihan baharu mereka dapat diteruskan.

Saksikan sorotan perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN