EPL: Manchester United Lega, Liverpool Terus Menderita

Manchester United Liverpool

Manchester United berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun berdepan detik cemas apabila terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dalam 20 minit terakhir apabila Casemiro dilayangkan kad merah.

The Red Devils berjaya mendahului permainan seawal minit kelima hasil jaringan penalti Bruno Fernandes selepas Mark Hughes dipersalahkan kerana menghadang hantaran Marcus Rashford dengan tangan di dalam kotak penalti.

United kemudian menambah gol keduanya pada minit ke-62 menerusi Marcus Rashford yang menyudahkan hantaran lintang Luke Shaw.

Namun 10 minit kemudian, semakan pengadil bantuan video (VAR) telah mengesan kesalahan Casemiro yang mencekik Hughes ketika berlaku pergelutan di antara pemain kedua-dua pasukan.

Palace memanfaatkan kelebihan tersebut dengan jaringan Jeffrey Schlupp pada minit ke-76 bagi merapatkan kedudukan, namun kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool terus dirundung malang apabila dibelasah penghuni zon penyingkiran Wolverhampton Wanderers 3-0.

Ia juga merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Liverpool dalam aksi liga selepas ketinggalan seawal minit kelima selepas hantaran Hwang Hee-chan terbias pada Joel Matip sebelum masuk ke dalam gawang Liverpool.

Skuad kendalian Jurgen Klopp semakin parah selepas hanya tujuh minit kemudian, pemain baharu Wolves, Craig Dawson menjaringkan gol dalam debutnya bagi menggandakan kelebihan buat pasukan tuan rumah.

Ruben Neves terus menambah luka Liverpool dengan gol ketiga pada minit ke-71 dengan menyudahkan hantaran Adama Traore.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN