EPL: Manchester United Keciciran Mata Lagi

Sepak mula awal EPL pada hari ini menyaksikan Red Devils beraksi menentang Southampton.

Dalam aksi yang berlangsung di St Mary Stadium. Manchester United bermula dengan baik.

Manchester United mendahului seawal minit ke-10 menerusi Daniel James. Ini merupakan jaringan ke-3 James dalam 4 perlawanan liga musim ini bersama United.

Manchester United awalnya menguasai perlawanan. Namun selepas itu mereka bergelut untuk berhadapan dengan intensiti yang dinaikkan oleh Southampton.

Southampton mendapat peluang menerusi Che Adams selepas Lindelof kehilangan bola namun gagal disudahkan.

Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United lega mendahului dengan 1-0.

Bersambung babak kedua, Southampton menguasai awal babak. Mereka melakukan beberapa siri serangan ke kubu United.

David De Gea dipaksa melakukan aksi menyelamat yang cantik. Namun tidak lama selepas itu, Vestergaard menanduk masuk bola daripada situasi bola mati.

Sekali lagi Lindelof ditewaskan ketika duel udara.

Southampton kemudian beraksi 10 pemain selepas Danso dibuang padang kerana kad kuning ke-2. Namun Manchester United gagal untuk menggunakan kelebihan tersebut untuk mencipta lebih banyak peluang berkualiti.

Pada masa kecederaan, Southampton bermain 9 pemain kerana ada pemain cedera dan sudah menggunakan kesemua pertukaran.

Tamat perlawanan, Southampton 1 Manchester 1.

Ini merupakan kali ke-3 Manchester United Keciciran mata dalam 4 perlawanan musim ini. Manchester United hanya mengumpul 5 mata daripada 20 yang ditawarkan setakat ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN