EPL: Man City Jinakkan Juara Eropah di Stamford Bridge

Manchester City Chelsea EPL

Gabriel Jesus memberikan Manchester City kemenangan penting 1-0 ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memberikan juara Eropah tersebut kekalahan pertama pada musim ini.

Ia merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua-dua pasukan sejak perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Porto dan jelas City lebih mendominasi penguasaan bola sehingga berjaya mendapatkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-53.

Turut hadir di Stamford Bridge adalah pengurus Jerman, Hansi Flick yang pastinya mahu menyaksikan tiga pemain Jerman yang beraksi untuk Chelsea iaitu Timo Werner, Kai Havertz dan Antonio Rudiger.

Kecederaan yang menimpa Reece James pada pertengahan babak pertama memaksa Thomas Tuchel membuat pertukaran awal dengan memasukkan Thiago Silva dan kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga waktu rehat.

Lapan limit selepas aksi bersambung untuk separuh masa kedua, Manchester City akhirnya berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Gabriel Jesus.

Penyerang Brazil tersebut bijak mengelirukan pertahanan Chelsea dengan membuat pusingan sebelum melepaskan rembatan kaki kanan yang terbias pada kaki Jorginho membuatkan Edouard Mendy sekadar terpaku melihat bola bergolek masuk ke dalam gawangnya.

Kemenangan tersebut meletakkan City di tangga kedua liga dengan 13 mata, menyamai kutipan mata yang dimiliki oleh tiga pasukan lain di bahagian atas liga. Namun Liverpool masih kekal di persada liga dengan kelebihan perbezaan gol selain memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN