Manchester City kembali menguasai persada Premier League (EPL) selepas membelasah Newcastle United, menyaksikan pesaing terdekat Liverpool hanya bertakhta sehari atau kurang 24 jam di kedudukan teratas.
Kemenangan 5-0 ke atas The Magpies di Etihad pada malam tadi bermakna anak-anak buah Pep Guardiola kini memiliki kelebihan tiga mata ke atas pesaing terdekat mereka itu untuk kejuaraan pada musim ini.
Liverpool pula keciciran dua mata selepas sekadar seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur sebelum itu.
Man City—86 points
Liverpool—83 pointsThree points clear with three games to go 👌 pic.twitter.com/vTDqRJOG3e
— B/R Football (@brfootball) May 8, 2022
Banyak persoalan mengenai karakter City menuju perlawanan pada malam tadi selepas mereka gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim ini.
Terdapat pandangan yang moral dalam bilik persalinan City sedikit jatuh selepas disingkirkan oleh Real Madrid pada babak akhir perlawanan di Santiago Bernabeu pada pertengahan minggu lalu.
Namun sebaliknya yang ditampilkan oleh The Cityzen apabila mereka menampilkan corak permainan meyakinkan untuk membenam Newcastle.
Pasukan pelawat terlebih dahulu terlepas peluang keemasan untuk mendahului perlawanan apabila Chris Wood gagal memanfaatkan peluang pada awal permainan.
Raheem Sterling becomes the second player to score 50 Premier League goals at the Etihad Stadium, after Sergio Aguero 💙 pic.twitter.com/ZolZoQq32M
— GOAL (@goal) May 8, 2022
City akhirnya berjaya memadam sebarang keraguan ke atas kemampuan mereka apabila Raheem Sterling menyempurnakan peluang terhidang melalui tandukan untuk meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-19.
Pemain pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte melebarkan kedudukan kepada 2-0 sebelum babak pertama berakhir.
Jaringan tersebut terhasil selepas penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka gagal menangkap kemas percubaan voli Ilkay Gundogan.
Sejam selepas perlawanan berlangsung, giliran Rodri menjaringkan gol yang membunuh sisa perjuangan Newcastle melalui tandukan di near-post, hasil sepakan percuma Kevin de Bruyne.
FULL-TIME | 5️⃣ goals, 3️⃣ points and a clean sheet!
🔵 5-0 ⚫️ #ManCity pic.twitter.com/3TkHsfYaxC
— Manchester City (@ManCity) May 8, 2022
City terus rakus memburu gol untuk mencari kelebihan gol melalui perlawanan ini. Minit ke-90 perlawanan, pemain gantian Phil Foden menambah lagi satu gol selepas menyempurnakan sentuhan Oleksandr Zinchenko.
Sterling yang menghasilkan gol pembukaan kemudiannya menambah gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini untuk menjadikan kedudukan 5-0 pada masa kecederaan.
Baki tiga perlawanan pada musim ini menyaksikan Pep Guardiola dan anak buahnya akan menentang Wolverhampton Wanderers dan West Ham United di tempat lawan sebelum menutup tirai saingan pada musim ini menentang Aston Villa.
Liverpool pula akan berhadapan Villa pada perlawanan seterusnya sebelum berhadapan Southampton, dan menanti kunjungan Wolves di Anfield pada minggu terakhir saingan musim ini.