Liverpool meneruskan permulaan cemerlang. Kali ini mereka mengalahkan pasukan Arsenal di Anfield.
Pada separuh masa pertama kedua dua pasukan masing masing mencipta beberapa peluang gol. Liverpool lebih ofensif dan Arsenal lebih menyerap serangan dan cuba menyerang balas.
Nicolas Pepe dan Aubameyang memiliki peluang keemasan pada separuh masa pertama namun gagal menyudahkannya.
5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Liverpool di hadapan menerusi Joel Matip. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold.
Pada separuh masa kedua, minit ke-49 Liverpool menambah 1 lagi gol menerusi penalti Mohamed Salah. Ianya selepas David Luiz menarik baju Salah.
Arsenal sukar mengimbangi perlawanan namun mereka dihukum sekali lagi boleh Mohamed Salah pada minit ke-58. Salah meluru melepasi pertahanan Arsenal, dan melencongkan bola melepasi Bernd Leno.
Arsenal mendapat gol saguhati menerusi Lucas Torreira. Berpunca daripada umpanan oleh Aubameyang.
Liverpool menang 3-1. Dan menjadi satu-satunya pasukan yang menang kesemua 3 perlawanan permulaan.
Liverpool have won 12 consecutive Premier League games for the first time in the club’s history.
🔴 Jürgen Klopp breaks more records with the Reds. pic.twitter.com/7HGu8ZIJr1
— Coral (@Coral) August 24, 2019