Brighton & Hove Albion mempamerkan aksi lura biasa pada separuh masa kedua untuk membelasah Liverpool 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex.
Brighton yang mendominasi aksi di separuh masa pertama gagal menghasilkan sebarang gol, namun mendahului sebaik sahaja babak kedua bermula menerusi Solly March yang kemudiannya turut menjaringkan gol kedua pada minit ke-53.
Pemain gantian Danny Welback terus menambah luka Liverpool dengan voli cantik di hujung perlawanan untuk mengesahkan tiga mata milik pasukan tuan rumah.
Kemenangan itu juga memastikan skuad kendalian Roberto di Zerbi memintas Liverpool untuk naik ke tangga ketujuh liga degnan 30 mata.
The Reds yang berterusan keciciran mata kini telah ketinggalan lapan mata daripada empat kedudukan terbaik dan berisiko terlepas tiket ke Eropah pada musim hadapan.