EPL: Juara Bertahan Jumpa West Ham, Man. United Nanti Kunjungan Chelsea

Jadual musim baharu untuk EPL 2019/20 sudah dikeluarkan sebentar tadi.

Juara bertahan, Manchester City akan berhadapan dengan pasukan – bekas pengurus mereka – West Ham yang dibimbing Manuel Pellegrini. Manchester City memburu kejuaraan ke-3 berturut-turut.

Sementara itu juara Eropah, Liverpool akan menanti kunjungan pasukan baru naik, Norwich City pada hari pembukaan liga.

2 lagi pasukan yang baru naik ke EPL iaitu Sheffield United dan Aston Villa masing-masing akan bertemu dengan Bournemouth dan Tottenham Hostpur.

Perlawanan tumpuan pastinya pada Ahad – 11 Ogos 2019 – iaitu Manchester United yang akan berhadapan dengan juara Europa League 2018/19, Chelsea.

Persoalan yang menarik, adakah Maurizio Sarri akan terus menjadi pengendali Chelsea pada musim hadapan? Ini selepas pengurus Chelsea itu hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus.

Newcastle akan menanti kunjungan Arsenal di St. James’ Park – juga perlawanan penutupan minggu pertama.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan minggu pertama EPL 2019/20

9 Ogos 2019

Liverpool vs Norwich City

10 Ogos 2019

West Ham vs Manchester City
Bournemouth vs Sheffield United
Burnley vs Southampton
Crystal Palace vs Everton
Leicester City vs Wolves
Watford vs Brighton and Hove Albion
Tottenham vs Aston Villa

11 Ogos 2019

Newcastle United v Arsenal
Manchester United v Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN