Leicester City turun menjamu kunjungan Manchester City dalam pertemuan di antara pasukan di tangga kedua dan ketiga.
Perlawanan ini sangat menarik. Kerana kedua dua pasukan mencipta beberapa peluang gol yang baik.
Gabriel Jesus masuk sebagai pemain gantian, menggantikan Sergio Kun Aguero. Penyerang kebangsaan Argentina itu, sebelum ini gagal menyempurnakan penalti beliau.
Jesus masuk dan menjaringkan gol lewat perlawanan untuk memberikan 3 mata berharga kepada Manchester City.
Kasper Schmeichel beraksi cemerlang dengan menafikan beberapa percubaan bahaya Manchester City.
Ini termasuk menafikan penalti Sergio Aguero pada minit ke-62.
Manchester has missed more penalties (8) in the Premier League this season than all 18 other clubs combined (7).
🔴 9 taken, 4 missed
🔵 7 taken, 4 missedA City United. pic.twitter.com/4dMOwK2yDx
— Squawka (@Squawka) February 22, 2020
Leicester memiliki beberapa peluang keemasan untuk mereka mengelak daripada seri kali ketiga berturut – turut. Namun ketumpulan mereka di hadapan gol telah menghampakan diri mereka sendiri.
Antaranya adalah menerusi Jamie Vardy dan Ricardo. Man City turut mempersi-siakan banyak peluang. Vardy turut mencipta situasi 1 lawan 1 namun rembatan beliau terkena tiang gol.
Penyokong City mulai resah dengan apa yang berlaku di atas padang. City turun ke perlawanan ini, selepas beberapa hari lalu mereka dikenakan hukuman oleh UEFA – gantung daripada penyertaan di UCL beserta dengan denda.
James Maddison turut melakukan rembatan daripada sepakan percuma yang cantik. Ederson melayangkan badannya untuk menafikan bola tersebut.
Man City akhirnya mendapat gol menerusi Gabriel Jesus. Beliau hanya 3 minit berada di padang. Jesus dengan kemas berada di kedudukan selari dengan garisan akhir pertahanan lawan.
Jesu menerima hantaran rakannya dan kemudian melakukan rembatan cantik yang tak mampu diselamatkan oleh Kaspe Schmeichel.
Tamat perlawanan Man City menang 1-0 mengatasi Leicester. City berjaya mengurangkan defisit dengan Liverpool kepada 19 mata.
Manchester City move seven points clear of Leicester City in third place after their 1-0 win at the King Power Stadium.
But still 19 points behind Liverpool. pic.twitter.com/zt4d9KqSx3
— Squawka Live (@Squawka_Live) February 22, 2020
Pada masa yang sama, Man City menjarakkan diri dengan Leicester – tujuh mata . City kekal berada di tangga kedua dan Leicester di tangga ketiga.
Man City pull clear of Leicester in 3rd 📈#LEIMCI pic.twitter.com/0Ww7RffaxN
— Premier League (@premierleague) February 22, 2020
Selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola memandang serius isu penalti yang kerapkali gagal disempurnakan pemainnya. Dan beliau membayangkan akan memberikan tugasan itu kepada Ederson selepas ini.