EPL: Jamie Vardy Terus Jadi Igauan Ngeri The Gunners

Apa sudah jadi dengan Arsenal? Mereka terus gagal mencatat kemenangan dalam semua pertandingan.

Arsenal tewas 2-0 di King Power Stadium di tangan Leicester. Pasukan bimbingan Brendan Rodgers itu naik ke tangga kedua.

2 gol The Foxes dijaringkan oleh Jamie Vardy dan James Maddison.

Leicester ternyata pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini. Dan mereka berhak menang ke atas Arsenal yang bergelut sepanjang perlawanan.

Unai Emery turun dengan sistem bek bertiga meletakkan Ozil, Aubameyang dan Lacazette dalam kesebelasan utama.

Aubameyang menjadi kapten utama Arsenal buat pertama kali selepas Granit Xhaka dilucutkan jawatan. Menurut Unai, Xhaka masih belum bersedia untuk bermain, sekaligus memberikan gambaran bahawa masa depan pemain itu di Emirates mungkin sudah berakhir.

Leicester memiliki banyak peluang gol. Jika mereka lebih tajam, Leicester boleh menang dengan jumlah gol lebih besar. Ini termasuk percubaan jarak dekat Ndidi yang terkena palang.

Leicester melakukan 19 percubaan ke arah gol dengan 7 percubaan tepat. Arsenal hanya ada 1 pecubaan tepat daripada 8 percubaan mereka.

Vardy memecahkan kebuntuan pada minit ke-68 selepas menerima Harvey Banes dan Youri Tielmans mememcahkan pertahanan Arsenal. Itu merupakan gol ke-11 Vardy musim ini.

Dan beliau merupakan pemain aktif pada hari ini yang menjadi pemain paling banyak menembusi gawang Arsenal.

Arsenal tiada tanda-tanda untuk bangkit lebih baik dalam perlawanan ini. Dan pada minit ke-75, James Maddison memastikan Arsenal menderita dengan gol kedua yang cantik.

Maddison melakukan rembatan rendah yang melalui celah kaki Bellerin.

Ini merupakan permulaan terbaik Leicester di dalam EPL.

Tamat perlawanan Leicester 2 Arsenal 0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN