EPL Imbau Detik Chelsea Kejutkan Man.United Pada 1999, Taibi Adalah Penjaga Gol!

Satu perlawanan yang mengejutkan semua pada EPL tahun 1999, di mana skuad Manchester United dibelasah oleh Chelsea.

Manchester United adalah pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Mereka menurunkan pemain-pemain seperti Stam, Silvestre, Phil Neville, Beckham, Butt, Scholes, Cole, dan Yorke.

Namun begitu, Chelsea mengejutkan Red Devils dengan membuka tirai jaringan seawal 28 saat perlawanan menerusi Poyet, yang beraksi cemerlang di dalam perlawanan ini.

Penyokong United pasti masih teringat dengan nama Massimo Taibi. Beliau adalah penjaga gol United pada hari tersebut.

United turut kehilangan seorang pemain pada hari tersebut selepas Nicky Butt dibuang padang. Ianya selepas Butt menendang Wise.

Chelsea menang besar 5-0 dalam perlawanan ini. Antara kemenangan terbaik era Gianluca Vialli.

Chelsea ketika ini belum lagi mengalami revolusi biru. Namun mereka memiliki beberapa nama sensasi dalam skuad mereka termasuk Gianfranco Zola, Leboeuf, Wise dan Deschamps. Kualiti skuad mereka membuatkan mereka semakin meningkat naik.

Manchester united tetap menjuarai liga musim tersebut dengan jarak 18 mata daripada pasukan Arsenal. Chelsea pula menamatkan liga di tangga ke-5.

Ianya adalah musim ke-4 berturut-turut Chelsea menamatkan liga di 10 teratas.

Ada tak mana-mana penyokong Chelsea yang masih ingat akan detik ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN