Pemain yang dipinjam dari Liverpool, Harry Wilson, terus berbisa di hadapan gol untuk Bournemouth. Wilson terus memperkuatkan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
The Cherries turun ke Saint Mary untuk berhadapan dengan Southampton.
Bekas pertahanan Chelsea, Nathan Ake membuka tirai jaringan pada minit ke-10 untuk pasukan pelawat.
⚽️ Most headed goals in PL since start of last season
6️⃣ C.Wood, S.Mane, A.Mitrovic
5️⃣ D.Calvert-Lewin
4️⃣ 7 players, including NATHAN AKE – the joint most by a defender (also Van Dijk) pic.twitter.com/HOSOeyBu6U— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) September 20, 2019
Harry Wilson menjaringkan gol kedua untuk pasukannya pada minit ke-35. Satu gol berpasukan yang cantik dibina oleh para pemain Bournemouth.
Ini merupakan gol ketiga beliau dalam EPL musim ini bersama Bournemouth.
Harry Wilson has now scored 30 senior goals for club & country:
16 x inside the box
14 x outside the boxHe can do both. 🎯 pic.twitter.com/hHN6vXISD1
— Squawka (@Squawka) September 20, 2019
Bersambung babak kedua, James Ward-Prowse menerusi sepakan penalti pada minit ke-53. Pengadil memberikan penalti itu selepas tinjauan VAR, yang mengesahkan Che Adams dijatuhkan.
Bournemouth turut meminta penalti tidak lama selepas itu, namun selepas semakan VAR, ianya tidak diberikan.
Southampton melakukan 25 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini. Namun tidak cukup berbisa berbanding dengan pasukan lawan mereka.
Derita Southampton bertambah lagi apabila Callum Wilson menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan.
Kekalahan ini merupakan yang ketiga dialami Southampton musim ini. Bournemouth pula terus cemerlang dengan kemenangan ketiga mereka. Meletakkan mereka di tangga ketiga buat masa ini.