Selepas membelasah juara bertahan Liverpool tempoh hari, apa lagi yang mampu menghalang Manchester City untuk kembali merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini?
Jawapannya adalah mereka sendiri, jika skuad kendalian Pep Guardiola itu gagal mengekalkan prestasi terbaik yang dicapai ketika ini dalam keadaan prestasi kebanyakan pasukan pencabar lain dilihat tidak konsisten.
Kemenangan pada Ahad lalu merupakan yang ke-10 berturut-turut buat The Citizen dalam saingan liga walaupun sebelum ini mereka agak bergelut pada awal musim terutamanya apabila mula kehilangan penyerang utama Sergio Aguero akibat kecederaan.
What a performance, what a night – what a victory at Anfield 🔥🎱 Very proud of the boys! 💙💙💙 @ManCity pic.twitter.com/skldyhzbzA
— Ilkay Gündogan (@IlkayGuendogan) February 7, 2021
City kini sedang mendahului lima mata di hadapan Manchester United dan turut memiliki kelebihan satu perlawanan di dalam tangan. Jumlah perbezaan gol mereka juga jauh meninggalkan pasukan lain iaitu dengan 29 gol yang dikumpul setakat ini.
Ia jelas menunjukkan Guardiola bijak mengatur taktikal terbaik untuk kesebelasan utamanya sekalipun beberapa kali terpaksa bermain tanpa penyerang tulen.
Bukan hanya Aguero, lima perlawanan tanpa arkitek perancang tengah mereka iaitu Kevin de Bruyne juga menyaksikan City mampu menang ke atas lawan mana sekalipun kerana mereka telah menang 14 perlawanan dalam semua pertandingan.
https://twitter.com/EasySoccerNews/status/1357272581049438209?s=20
Perkara positif yang dapat dilihat daripada krisis kecederaan City itu adalah bagaimana Guardiola berpeluang untuk meningkatkan potensi beberapa pemain seperti Ilkay Gundogan, John Stones dan Phil Foden yang telah menampilkan persembahan memukau sejak kebelakangan ini.
Jurulatih warga Sepanyol itu pastunya tidak mahu menjadikan masalah kecederaan sebagai alasan kerana City sememanngnya memiliki ‘squad depth’ yang serba lengkap di setiap posisi.
Kenyataan Jurgen yang mengatakan Liverpool kini menyasarkan untuk menamatkan saingan di empat teratas menandakan beliau seakan-akan sudah mengibarkan bendera putih lebih awal ekoran dari tiga kekalahan berturut-turut di Anfield.
Jurgen Klopp says top four is now Liverpool's 'main target' after suggesting Alisson's blunders in their defeat to Manchester City could have been down to cold feet.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 8, 2021
Manchester United pula tidak membuat sebarang perubahan besar terhadap skuad utama mereka pada bulan Januari lalu dan dilihat masih tercari-cari rentak terbaik selepas mencatat beberapa keputusan buruk baru-baru ini.
Leicester City, Chelsea dan Tottenham Hotspur masing-masing turut mengintai peluang, tetapi dengan prestasi Manchester City pada waktu ini, penulis menyimpulkan hanya keajaiban sahaja yang mampu menghalang mereka dari muncul juara musim ini.
Kredit Foto: Getty Images
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City dan EPL:
3 Sebab Man City Patut Batalkan Saja Niat Tandatangani Lionel Messi
Wayne Bridge Dedah Betapa Toksiknya Roberto Mancini Di Man City