Frank Lampard akhirnya menikmati kemenangan pertama beliau dalam EPL – sebagai pengurus Chelsea.
Ironinya, kemenangan beliau pada hari ini adalah hasil daripada 3 gol yang dilakukan oleh graduan akademi Chelsea.
Norwich City sekali lagi memberikan tentangan hebat kepada lawan mereka. Teemu Pukki terus menjadi perhatian dengan 1 gol dan 1 bantuan gol.
Chelsea terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Tammy Abraham pada minit ke-3.
Namun gol itu hanya bertahan 3 minit, apabila disamakan terus oleh Todd Cantwell yang menyempurnakan hantaraan Pukki.
Mason Mount kemudian meletakkan Chelea kembali di hadapan pada minit ke-17. Satu gerakan tajam yang memintas masuk dari kiri ke kanan dan melepaskan lencongan yang tidak terjangkau oleh Tim Krul.
Ini merupakan gol kedua Mason Mount dalam 2 perlawanan berturut-turut.
Namun begitu, kelekaan pertahanan Chelsea membuatkan mereka bolos lagi. Kali ini Pukki kelihatan terlalu mudah mengatasi garisan ofsaid. Satu umpanan cantik daripada Buendia.
Only two players have scored five goals in their first three #PL appearances
Pavel Pogrebnyak and… Teemu Pukki 👏#NORCHE pic.twitter.com/pRF0Gugpnu
— Premier League (@premierleague) August 24, 2019
Pada separuh masa kedua, Chelsea terus menggandakan asakan. Secara keseluruhannya, Chelsea melakukan 23 percubaan ke arah gol, 8 adalah tepat.
Norwich pula hanya ada 6 dan 4 adalah tepat.
Chelsea mendapat gol kemenangan pada minit ke-75, menerusi Tammy Abraham.
Chelsea membawa pulang 3 mata berharga dari Carrow Road. Dan ia kemenangan pertama skuad Frank Lampard musim ini.
All four of Chelsea's Premier League goals so far this season have been scored by Englishmen who are 21 or under 💙
Mason Mount (2)
Tammy Abraham (2) pic.twitter.com/O80x1WiCc3— Football on TNT Sports (@footballontnt) August 24, 2019
Tahniah kepada Frank Lampard. Kepercayaan beliau kepada bakat muda terutama sekali produk akademi Chelsea terbalas hari ini.