EPL: Gol Penalti Fernandes Selamatkan United, De Gea Buat Hal Lagi

Bruno Fernandes Manchester United

Jaringan lewat Bruno Fernandes menerusi sepakan penalti membolehkan Manchester United meraih satu mata ketika berdepan Tottenham Hotspur pada awal pagi tadi dengan Paul Pogba kembali buat kali pertama sejak 26 Disember lalu.

Pogba yang tidak diturunkan selama hampir enam bulan berikutan kecederaan buku lali masuk menggantikan Fred pada separuh masa kedua tampil dengan aksi yang memberangsangkan

Pemain tengah Perancis itu mempamerkan teknik dan kreativitinya sehingga United dianugerahkan sepakan penalti apabila beliau dijatuhkan oleh Eric Dier dalam kotak penalti dan menghasilkan gol penyamaan bagi memastikan United masih kekal di landasan untuk mengejar kedudukan empat teratas.

Penjaga gol United, David De Gea bukan kesekian kalinya membuat kesilapan bodoh apabila gagal menepis keluar rembatan Steven Bergwijn pada minit ke-27 walaupun hanya beberapa minit sebelum itu telah berjaya menyelamatkan percubaan Son Heung-min

Spurs bernasib baik apabila keputusan pengadil untuk sekali lagi memberikan sepakan penalti pada minit-minit akhir kerana Fernandes dijatuhkan Eric Dier dibatalkan oleh VAR.

“Agak mengecewakankami gagal mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini walaupun kami mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol,” kata Solksjaer kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan.

“Bagaimanapun saya lebih gembira dengan persembahan yang ditunjukan pemain berbanding jumlah mata yang kami perolehi.

Mengenai gandingan Fernandes yang dinanti-nantikan oleh peminat United di seluruh dunia, jurulatih warga Norway itu percaya kedua-dua pemain tengah antara yang terbaik di dunia itu memerlukan masa untuk membentuk keseimbangan di atas padang.

Menurutnya bahagian tengah perlu mengambil kira faktor serangan dan bertahan dan beliau percaya dua permain itu akan membentuk rangkaian tengah yang padu apabila mendapat keserasian.

Ditanya mengenai kesilapan yang dilakukan oleh De Gea, Solksjaer engggan menyalahkan penjaga gol utamanya itu kerana pada pendangannya sepakan Bergwijn juga agak baik.

Keputusan itu membolehkan United memanjangkan rekod tanpa kalah sepanjang 12 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan kekal di tangga kelima dan dengan perbezaan empat mata dengan Spurs yang berada di kedudukan keenam liga.

Pemburuan United untuk slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) akan diteruskan pada 24 Jun ini dengan melayan kunjungan Sheffield United di Old Trafford, Tottenham Hotspur pula akan berdepan dengan seteru setempat, West Ham United sehari lebih awal.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United dan EPL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN