Manchester United meneruskan rentak cemerlangnya dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers hasil gol Marcus Rashford pada masa kecederaan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada awal pagi tadi.
Ia sekaligus meletakkan The Red Devils naik ke tangga kedua liga dengan 30 mata daripada 15 perlawanan, hanya dua mata di elakang pendahulu Liverpool.
Dengan kejayaan itu, sebahagian penyokong Manchester United yang sebelum ini mahu pengurus Ole Gunnar Solskjaer berundur daripada jawatanannya mungkin sudah pun melupakan desakan tersebut.
It would only be fitting for @MarcusRashford to finish 2020 with another award 👏
Presenting our #MUNWOL Man of the Match 🏅
🔴 #MUFC
🏆 #PL pic.twitter.com/SWuHXJrhR8— Manchester United (@ManUtd) December 29, 2020
United yang memulakan perlawanan dengan gandingan Edinson Cavani, Rashford, Bruno Fernandes dan Mason Greenwood di bahagian serangan beberapa kali memperoleh peluang untuk membuka jaringan, namun dikecewakan dengan kecekapan panjaga gol Rui Patricio.
Pasukan pelawat juga terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol menerusi Ruben Neves dan Pedro Neto, namun David De Gea berjaya menyelamatkan keadaan.
Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir tanpa jaringan, Burno Fernandes membuat hantaran jauh kepada Rashford yang bijak mengatasi kawalan beberapa pertahanan lawan sebelum membuat rembatan yang terbias pada Max Kilman untuk gol kemenangan.
92:51 – Manchester United’s late goal through Marcus Rashford was their latest winning goal in a Premier League game at Old Trafford since September 2009, when Michael Owen scored after coming off the bench against Manchester City (95:27). Saviour. pic.twitter.com/L9Fkis8KGd
— OptaJoe (@OptaJoe) December 29, 2020
Namun Rashford yang ditemubual selepas perlawanan menganggap beliau dan rakan sepasukan lain tidak boleh terbuai dengan kemenangan tersebut kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan selepas ini.
“Jika kami terus meraih kemenangan seperti ini, kami akan berada di kedudukan yang baik sehingga penghujung musim ini,” ujar penyerang berusia 22 tahun itu.
Ianya merupakan kemenangan ketujuh United daripada sembilan perlawanan EPL terakhir. Kali terakhir mereka tewas adalah kepada Arsenal pada November lalu.
Untuk ujian seterusnya, United akan menanti kunjungan Aston Villa pada Sabtu ini dalam misi untuk memburu puncak liga. Pesaing terdekat Liverpool dijadualkan bertemu Newcastle United pada awal pagi esok.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
Moises Caicedo: 5 Perkara Tentang Bintang Muda Ecuador Sasaran Manchester United