EPL: Drama Penalti Hiasi Aksi Seri 1-1 Spurs vs Arsenal

Drama penalti menghiasai Derbi London Utara. Pierre-Emerick Aubameyang gagal menyempurnakan penalti lewat – yang diselamatkan oleh Lloris. Aubameyang turut gagal melakukan tindakan susulan ketika bola menuju beliau kembali dalam keadaan pergelutan dalam kotak penalti.

Aaron Ramsey meletakkan Arsenal di hadapan seawal minit ke-16. Ramsey berlari dan berhadapan dengan Lloris dalam situasi 1 lawan 1. Ramsey tenang meperdaya Lloris dan menyumbat masuk bola.

Spurs mendapat peluang keemasan namun Bernd Leno dengan cemerlang melakukan aksi ‘double saves’, menafikan percubaan Eriksen dan Moussa Sissoko.

Alexander Lacazette memiliki peluang keemasan pada separuh masa kedua. Namun beliau mempersiakannya. Lacazette gagal menyempurnakan peluang daripada jarak dekat.

Kontroversi bermula apabila pengadil memberikan penalti kepad Spurs. Ini selepas pengadil – Anthony Taylor – merasakan Kane dikasari oleh Shkodran Mustafi. Pemain-pemain Arsenal berang dengan keputusan pengadil kerana mendakwa binaan serangan itu dalam kedudukan ofsaid.

Kane tenang menyempurnakan penalti tersebut.

Pada minit akhir perlawanan, Arsenal pula dihadiahkan penalti yang juga kontroversi. Ini selepas pemain Spurs mendakwa Aubameyang melakukan simulasi untuk memenangi penalti.

Aubameyang berpeluang merobek hati penyokong Spurs pada masa kecederaan dengan gol lewat. Namun malangnya penalti beliau mudah dihadang oleh Lloris. Vertonghen berlari untuk menghadang peluang kedua oleh Aubameyang.

Torreira dibuang padang pada masa kecederaan.

Perlawanan berkesudahan dengan seri 1-1. Ini merupakan keputusan seri pertama Tottenham Hotspur dalam kempen EPL musim ini.

Arsenal mempersia-siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Spurs.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN