EPL: Crystal Palace Tewaskan Manchester United Di Old Trafford

Manchester United tewas di tangan Crystal di hadapan penyokong sendiri. Perlawanan yang turut disaksikan oleh Sir Alex Ferguson.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Manchester United menguasai sebahagian besar daripada perlawanan.

Namun begitu, pasukan Red Devils gagal untuk lebih tajam di hadapan gol.

Sebaliknya, Crystal Palace terlebih dahulu di hadapan pada separuh masa pertama menerusi gol Jordan Ayew. Ianya selepas Victor Lindelof terlalu mudah ditewaskan dengan bola tinggi.

Pada separuh masa kedua, Manchester United cuba memperbaiki serangan mereka dengan memperbanyakkan lagi hantaran ke hadapan.

United kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti. Kali ini Marcus Rashford mengambil tugasan itu selepas kegagalan Pogba dalam perlawanan sebelum ini.

Malangnya Rashford gagal untuk menyempurnakan penalti itu yang terkena tiang.

Crystal Palace kemudian memperketatkan lagi pertahanan mereka. Manchester United meminta satu lagi penalti selepas itu. Ini selepas Marcus rashford dijatuhkan. Namun ianya dinafikan oleh VAR.

Menuju ke wisel penamat, bintang muda Manchester United Daniel James menyamakan kedudukan pada minit ke-89. James menyempurnakan hantaran oleh Anthony Martial.

Dalam kedudukan 1 sama Manchester United berusaha untuk menjaringkan gol dalam Fergie Time.

Crystal Palace pula dilihat cuba untuk melengahkan perlawanan dan membawa pulang satu mata.

Kejutan berlaku di masa kecederaan apabila Crystal Palace melancarkan serangan kilat ke arah kubur Manchester United. Van Aanholt melakukan cubaan terus ke arah pintu gol dari kedudukan yang agak sukar.

David de Gea gagal untuk menyelamatkan bola yang menuju ke near post.

Crystal Palace membawa pulang 3 mata berharga dari Old Trafford. Ianya adalah kemenangan pertama mereka dalam saingan Liga di Old Trafford sejak 1989.

Manchester United kini hanya mengumpul 4 mata selepas 3 perlawanan hasil daripada 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN