Quantcast

BERITA

EPL: Crystal Palace Bedil Arsenal Di Emirates

Arsenal mempersia-siakan peluang untuk memintas Tottenham Hotspur bagi slot ke UCL musim hadapan. Mereka juga keciciran mata dalam perlawanan yang dianggap harus menang.

Crystal Palace mendahului buat kali pertama menerusi Christian Benteke pada minit ke-17. Itu adalah jaringan pertama Benteke tahun ini.

Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Mesut Ozil sebelum rehat.

Namun begitu, 2 gol dalam jarak 8 minit daripada minit ke-61 dan minit ke-69 membuatkan Arsenal berhempas pulas untuk mencari sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanan ini.

Zaha menghukum kesilapan Mustafi untuk gol ke-2. Dan tandukan James Mc Arthure membolehkan Palace mendapat pendahuluan 2 gol untuk gol ke-3 pasukannya.

Aubameyang merapatkan jurang gol pada minit ke-77. Ia jaringan ke-19 beliau musim ini.

Palace berjaya memastikan 3 mata dibawa dari Emirates – mengakhiri rentetan 10 kemenangan berturut-turut Arsenal di Emirates.

Statistik ini sudah cukup membuktikan Palace adalah pasukan lebih baik pada malam ini dari segi ciptaan peluang gol – meskipun hanya 27% penguasaan bola.

Kekalahan ini telah membuatkan Arsenal gagal memanfaatkan peluang menjarakkan jurang mata dengan Chelesa dan Manchester United yang tewas di tangan Everton – dalam perlawanan sepak mula lebih awal.

Arsenal juga gagal memintas Spurs yang semalam tewas di tangan Man. City.