Liverpool bertandang ke Leicester dengan misi untuk mencari kemenangan ke-4 musim ini.
Liverpool bermula baik dengan melancarkan 2 ancaman di hadapan gol. Namun Firmino dan Salah kedua-duanya gagal menjaringkan peluang keemasan pada minit ke-4.
Namun begitu, 6 minit kemudian, Sadio Mane meletakkan The Reds di hadapan. Ini adalah jaringan ke-4 beliau musim ini.
Sadio Mane is proving to have been a great signing for @LFC. #KweseESPN pic.twitter.com/Dss59nwdZv
— Kwesé Sports (@kwesesports) September 1, 2018
Sebelum rehat, Firmino menambah 1 lagi gol. Pada separuh masa pertama Leicester turut menekan Liverpool cuma tiada penyudah sempurna.
Under Jurgen Klopp, Roberto Firmino has had a hand in 60 #PL goals (37 goals, 23 assists).
15 more than any other Liverpool player…#LEILIV pic.twitter.com/lT2mU9tHXA
— Premier League (@premierleague) September 1, 2018
Bersambung babak kedua, Leicester memiliki peluang terhidang namun Morgan gagal menyentuh bola yang lalu di hadapan gol.
Salah kemudian berpeluang menambah gol tetapi memilih untuk melorongkan kepada Milner yang gagal melakukan susulan.
Puel memasukkan Kelechi Iheanacho untuk menambah ketajaman di hadapan gol selepas mereka kelihatan berjaya menekan Liverpool dalam 15 minit pertama separuh masa kedua.
Pada minit ke-62, Alisson membuat kesilapan di mana dia cuba menggelecek di byline. Alisson kehilangan bola kepada Iheanacho dan Ghezzal menyempurnakan peluang di hadapan gol.
https://twitter.com/SkySportsPL/status/1035873320644866049
Klopp melakukan pertukaran memasukkan Keita dan Shaqiri selepas bergelut untuk menguasai bahagian tengah.
Perlawanan berakhir dengan 1-2 memihak Liverpool. Kemenangan ke-4 untuk permulaan sempurna mereka musim ini. Ini juga bolos pertama Liverpool musim ini.
Ini adalah kekalahan ke-2 Leicester setakat ini.