EPL: Bau Kejuaraan Semakin Dekat

Liverpool kini hanya dibezakan dengan tiga kemenangan sahaj lagi daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris . Ini selepas kemenangan yang dilakarkan ke atas Bournemouth sebentar tadi.

Liverpool terlebih dahulu ketinggalan di belakang menerusi gol oleh Callum Wilson. Ianya gol mudah selepas Joe Gomez dicabar lawan dan hilang bola.

Jefferson Lerma melorongkan gol cantik kepada Callum Wilson.

Tersentak dengan jaringan itu Liverpool terus mengasak ke kubu lawan. Roberto Firmino hampir menyamakan kedudukan namun rembatan beliau tepat ke arah penjaga gol.

Liverpool akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-25. Salah menerima hantaran daripada Sadio Mane.

Menjadikan beliau penjaring gol terbanyak liga dalam sejarah Liverpool untuk pemain yang beraksi 100 penampilan. Di mana Salah menjaringkan 70 gol liga untuk Liverpool.

Sadio Mane meneruskan kecemerlangan beliau di Anfield dengan gol kedua. Mane kini mencipta 27 gol di Anfield sejak musim lalu.

Bournemouth memiliki peluang keemasan apabila Ryan Fraser melakukan lob melepasi Adrian namun James Milner berjaya mengeluarkan bola dari atas garisan.

Liverpool berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. Kemenangan yang hanya memisahkan mereka 3 kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berada 25 mata di atas Manchester City. Skuad Pep Guardiola akan turun sebelah Ahad dalam aksi Derbi Manchester.

Selain itu, Liverpool mencipta rekod baru dalam EPL untuk kemenangan berturut-turut di tempat sendiri dalam saingan liga.

Seterusnya, Liverpool pasukan Inggeris ketiga yang paling lama tak kalah di tempat sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN