EPL: Arsenal Sahkan Rob Holding Bakal Berehat 6-9 Bulan Kerana ACL

Pemain pertahanan Arsenal – Rob Holding disahkan mengalami kecederaan ACL di lutut sebelah kiri oleh Arsenal.

Rob Holding terpaksa dkeluarkan pada minit ke-36 dalam aksi di antara Arsenal menentang Man. United di Old Trafford. 24 jam selepas kecederaan itu Unai Emery menyatakan beliau mendapat ‘khabar tak baik’ berkenaan dengan situasi Holding.

Pada Jumaat, pasukan perubatan Arsenal memberikan laporan lengkap tentang kecederaan Rob Holding. Mereka mengesahkan pemain itu tidak akan bermain lagi bagi baki saingan musim 2018/19 kerana kecederaan ACL.

Kenyataan itu berbunyi: “Perkembangan kecederaan yang dialami [Rob Holding] pada perlawanan di Manchester United – kami mengesahkan Rob Holding mengalami ACL di lutut sebelah kiri beliau.”

“Rob akan menjalani pembedahan untuk memperbaikinya dalam masa beberapa hari ini. Proses rehabilitasi dijangka akan mengambil masa 6 sehingga 9 bulan.”

“Semua orang di kelab ini akan berkerja keras bermula sekarang bagi memastikan Rob kembali semula ke padang secepat mungkin.”

Rob Holding antara pemain yang meningkat mendadak di bawah Unai Emery. Dan kini beliau dijangka akan berehat panjang sekitar 6 sehingga 9 bulan.

Semoga cepat sembuh Rob Holding.
.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN