EPL: Arsenal Rebah Di Anfield, Chelsea Cemerlang, Badi Wembley Terus Hantui Spurs

Semalam berlangsung 3 perlawanan EPL dan ia adalah pelengkap minggu ke-3 EPL sebelum cuti antarabangsa. Menariknya, ada 3 kelab utama London beraksi semalam.

Chelsea memulakan langkah bergaya dengan menang 2-0 ke atas pasukan Everton. Chelsea jelas pasukan yang lebih baik.

Alvaro Morata melakukan ‘assist’ dan gol di dalam perlawanan ini. Menjadikan beliau pemain pertama melakukan gol dan ‘assist’ dalam 2 perlawanan pertama liga di tempat sendiri.

Arsenal berkunjung ke Anfield dengan Wenger melakukan rombakan kepada pasukan beliau. Aaron Ramsey diberikan penampilan ke-300 kelab.

Sanchez kembali daripada kecederaan. Namun penyokong Arsenal jelas kurang berpuas hati dengan pemilihan kesebelasan utama oleh Wenger.

Liverpool menang selesa 4-0. Cech menjadi penyelamat Arsenal daripada dimalukan lebih banyak gol. Dalam perlawanan ini, Arsenal gagal merekodkan sebarang cubaan tepat sepanjang 90 minit.

Beralih ke perlawanan di Wembley. Dele Alli membuka tirai jaringan untuk Spurs. Menjadikan beliau pemain tengah termuda dalam sejarah EPL untuk menjaringkan 30 gol liga.

Namun hasrat Spurs untuk mendapat 3 mata tidak kesampaian. Jaringan minit ke-92, masa kecederaan oleh Chris Woods membolehkan Burnley mencuri 1 mata.

Ini adalah mata ke-4 Burnley dari London. Spurs masih belum menang dalam 12 perlawanan terakhir mereka di Webley. 8 kekalahan dan 4 seri dicatatkan.

Mauricio Pochettino berkata:

“Kami kecewa tidak dapat mata penuh. Apabila anda tidak membunuh perlawanan, anda sentiasa memberikan harapan kepada lawan anda.”

Dalam satu lagi perlawanan. Peter Crouch menyelamatkan Stoke daripada tewas di tangan West Brom yang mendahului pada minit ke-61 menerusi Jay Rodriguez.

Crouch masuk minit ke-62 menggantikan Jese Rodriguez. Gol tersebut adalah gol ke-51 oleh Crouch melalui tandukan. Tiada pemain lain dalam sejarah EPL melakukan lebih daripada beliau.

Berikut adalah keputusan penuh EPL untuk minggu ke-3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN