West Ham berbelanja lebih daripada 100 juta pound sterling pada pra musim lalu. Namun keputusan di padang ternyata mengecewakan buat mereka ketika ini.
Berhadapan dengan Arsenal, mereka tewas 3-1 walapun memiliki peluang yang banyak untuk memenangi ataupun mengikat Arsenal dalam perlawanan ini.
Penyokong Arsenal hari ini ‘reunion’ semula dengan beberapa nama seperti Fabianski, Jack Wilshere dan Lucas Perez.
West Ham di hadapan menerusi Arnautovic pada minit ke-25. Menjadikan beliau penjaring tunggal pasukan ini musim ini.
Arnautovic juga sudah terlibat secara langsung dalam 9 daripada 13 gol West Ham dengan 6 gol dan 3 assist.
Namun kedudukan disamakan oleh Nacho Monreal pada minit ke-30. Satu percubaan dari dalam kotak penalti.
West Ham dan Arsenal masing-masing memiliki peluang yang banyak untuk menambah jaringan. Namun banyak dipersiakan.
Pada minit ke-70, Arsenal di hadapan selepas Diop tertampan bola ke gawang sendiri. Kemasukan Lacazette jelas memberikan impak di hadapan.
West Ham melakukan beberapa serangan untuk menyamakan kedudukan. Antara yang terbaik adalah menerusi Lucas Perez.
Arsenal mematikan sisa-sisa perjuangan West Ham dengan jaringan ke-3 Danny Welbeck. West Ham terus menjadi lawan kegemaran Arsenal.
Arsenal menang 3-1. Ini adalah kemenangan pertama Arsenal pasca era Arsene Wenger.
Arsenal’s last 21 games against West Ham in the Premier League:
WWWDDWWWWWWWWWDLWWDWW
Arsenal are red-hot against the Hammers. 🔥 pic.twitter.com/ry9Dn6r7eR
— Squawka (@Squawka) August 25, 2018
Arsenal melakukan 17 percubaan ke arah gol manakala West Ham ada 13 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini.
Kekalahan ini meletakkan West Ham terperosok di dasar liga.
Walaupun menang, Unai Emery pastinya banyak kerja bersama Arsenal di pusat latihan untuk memparbaiki aspek pertahanan mereka.
Setiap kali menyerang mereka sangat rapuh untuk mematikan serangan balas.