Pierre Emerick-Aubameyang menjaringkan gol kemenangan Arsenal ke atas Burnley. Namun begitu, aksi Dani Ceballos paling mencuri perhatian para penyokong Arsenal.
Ceballos cemerlang beraksi di tengah dengan kualiti hantaran dan gerakan. Beliau juga menjadi nadi penting dalam banyak gerakan Arsenal.
Dani Ceballos' game by numbers vs. Burnley:
100% take-ons completed
97 touches
90% pass accuracy
70 passes
19 duels
7 recoveries
5 crosses
4 take-ons completed
4 chances created
3 fouls won
3 shots
2 tackles made
2 assistsNo one could get near him. 💃 pic.twitter.com/3DwPY1oCkG
— Squawka (@Squawka) August 17, 2019
Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-13.
Namun begitu Burnley menyamakan kedudukan sebelum wisel rehat separuh masa pertama menerusi Ashley Barnes.
Pada separuh masa kedua, Arsenal ditentang hebat oleh Burnley yang mencipta beberapa peluang gol. Namun kecemerlangan Leno menafikan peluang gol mereka.
Nick Pope juga bekerja keras dalam usaha mengelakkan pasukannya tewas 10 kali berturut turut di tangan Arsenal.
Unai Emery turut membawa masuk Nicolas Pepe pada separuh masa kedua.
Pierre Emerick-Aubameyang kemudian menjadi wira Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-64.
Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Arsenal dalam 2 perlawanan pertama musim ini. Burnley pula menang sekali dan kalah sekali – setakat ini.
Dani Ceballos dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, dan selayaknya beliau mendapatnya.