Perlawanan tumpuan di Anfield di antara Liverpool dan Tottenham Hotspur berakhir dengan 2-2.
Liverpool mendahului seawal minit ke-3 ataupun pada 114 saat perlawanan baru bermula. Ini selepas Eric Dier melakukan kesilapan dan Salah berada dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Ianya gol EPL ke-20 Salah dalam EPL.
Pada separuh masa pertama, Liverpool bertahan dengan baik dan Spurs cuba mencari gol penyamaan.
Pada separuh masa kedua, Tottenham Hotspur menukar sistem permainan mereka dengan meletakkan Dele Alli di peranan no.8. Ia memberikan kesan sangat positif.
Spurs menguasai perlawanan dan berterusan memberikan tekanan kepada Liverpool. Pemain simpanan, Wanyama menyamakan kedudukan dengan jaringan misil dari luar kotak penalti.
Drama berlaku pada 10 minit terakhir. Spurs dihadiahkan penalti selepas Harry Kane dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Namun malangnya, pemain kebangsaan England itu melakukan penalti yang agak lemah ke tengah. Ianya berjaya diselamatkan oleh Karius.
Ketika perlawanan hampir berakhir, pada masa kecederaan Mohamed Salah melakukan aksi solo menarik di byline dan melakukan jaringan yang menari mengatasi Hugo Lloris.
Ketika Liverpool berkira-kira untuk menang perlawanan, pengadil sekali lagi memberikan penalti kepada Spurs.
Ianya dibantah oleh pemain Liverpool yang mendakwa Van Dijk tidak melakukan sebarang bentesan.
Touch? pic.twitter.com/QyMi4RofK4
— Robin (@R_Fredriksson) February 4, 2018
Harry Kane menyempurnakan penalti untuk gol penyamaan sekaligus menjadi jaringan ke-100 EPL beliau di dalam karier.
Perlawanan berakhir 2-2 dan Liverpool kekal di tangga ke-3 hanya 1 mata di atas Chelsea. Spurs berada di tangga ke-5, 1 mata di belakang Chelsea.
https://www.youtube.com/watch?v=p7B9q-u2mA8