FA mengesahkan mereka sudah menerima surat rayuan oleh Harry Kane dan Tottenham Hostpur untuk gol menentang Stoke yang dihadiahkan kepada Eriksen.
EPL akan menentukan sama ada gol itu boleh dituntut Kane atau tidak pada hari ini (Rabu).
Kane mendakwa beliau berhak mendapat gol itu kerana sepakan percuma Eriksen terkena pada bahu beliau. Jika rayuan ini diterima ia akan menjadi gol EPL ke-25 Harry Kane.
Kane sanggup bersumpah kepada wartawan untuk menunjukkan kejujuran beliau. Kane berkata:
“Saya bersumpah atas nyawa anak saya yang saya sentuh bola itu, tetapi tiada apa yang saya dapat lakukan. Jika EPL tidak memberikan saya gol itu, mereka akan mendengar sesuatu daripada mulut saya.”
Sementara itu rakan beliau Christian Eriksen tidak kisah dengan gol itu dihadiahkan kepada Harry Kane dan beliau menjadi ‘assistant’.
Ditanya sama ada beliau yakin akan dapat memintas Mohamed Salah dalam perebutan kasut emas/penjaring terbanyak EPL, Kane berkata:
“Saya yakin saya boleh melakukannya. Apa sahaja yang berlaku, masih ada beberapa perlawanan lagi. Saya kekal fokus kepada permainan saya. Tetapi saya tak mampu mengawal apa yang dia (Salah) lakukan.”
“Sudah pastilah seorang penyerang mahu memenangi kasut emas. Dan saya akan bekerja keras dari sekarang sehingga akhir musim.”
Harry Kane kini menjaringkan 24 gol. Manakala Mohamed Salah sudah menjaringkan 29 gol dalam EPL.