Quantcast

BERITA

EPL: Aguero Skor 2 Gol Dalam Kemenangan Man. City Ke Atas Bournemouth

Manchester City tidak bermasalah untuk mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Bournemouth di Stadium Vitality.

Sergio Aguero menjaringkan 2 gol, manakala 1 gol lagi menerusi jaringan Sterling.

Gol Bournemouth pula dijaringkan oleh Harry Wilson, menerusi sepakan percuma yang sangat cantik.

Perlawanan ini juga menandakan aksi ke-400 David Silva bersama-sama dengan Manchester City. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mencipta 2 bantuan gol dalam aksi ini.

Sergio Aguero turut mencatatkan angka gol ke-400 bersama Manchester City.

Kevin De Bruyne pula mengatasi Mesut Ozil sebagai pemain paling kreatif dalam EPL. Ini selepas pemain De Bruyne mencecah angka bantuan gol ke-50 dalam EPL lebih cepat daripada Ozil.

Manchester City menguasai 74% perlawanan ini dengan melakukan 19 percubaan ke arah gol.

Bournemouth juga memiliki banyak peluang dalam perlawanan ini dengan 10 percubaan ke arah gol, 5 daripadanya adalah percubaan tepat.