Quantcast

KAJIAN & FAKTA

EPL: 5 Perkara Daripada Kemenangan 2-0 Man. City Ke Atas Man. United

1. Rekod Guardiola di Old Trafford

Manchester terus biru. Pep Guardiola mencipta rekod baharu apabila menjadi pengurus pasukan lawan yang pertama memenangi 3 perlawanan berturut-turut di Old Trafford.

Manchester City menunjukkan aksi dominan di Old Trafford dan menang dengan 2 gol hasil jaringan Bernardo Silva dan Leroy Sane. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa kedua.

Seterusnya, Manchester City kini menjadi pasukan EPL yang paling banyak menang di Old Trafford dalam saingan liga dengan 7 kali.

2. Manchester City memimpin liga

Ini yang paling penting untuk City. Kemenangan ini membolehkan mereka berada dalam kelebihan dalam persaingan kejuaraan liga.

City kini berada 1 mata di atas Liverpool dengan baki 3 lagi perlawanan pada musim ini.

Selain itu, Manchester City ternyata sangat unggul di serangan dengan mencatatkan 157 dalam semua pertandingan. Memecahkan rekod kelab Inggeris yang dicipta mereka sendiri pada 2013/14.

City kini masih dalam landasan untuk memburu treble domestik.

3. Ketumpulan serangan Man. United

Manchester United hanya mencatatkan 2 ‘on target’ dalam 2 perlawanan terakhir. Mereka masih gagal menjaringkan gol dalam 527 minit dalam permainan terbuka.

Manchester United turut gagal menjaringkan sebarang gol dalam 3 perlawanan – pertama kali sejak 2016 di bawah pimpinan Louis Van Gaal.

Selain daripada tumpul di serangan, di bahagian pertahanan Man. United melepaskan bolos 50 kali setakat ini. Rekod terburuk dalam EPL mereka dalam masa 4 dekad.

4. Ole tewas derbi pertama

Sebenarnya, sejak ditinggalkan Sir Alex Ferguson, kesemua 4 pengurus tetap Man. United merasai kekalahan dalam debut derbi Manchester.

Ole Gunnar Solskjaer pastinya merasai tekanan kerana kini sudah tewas 7 daripada 9 perlawanan terakhir Man. United.

5. United kejar slot UCL

Kekalahan di tangan City bererti, Man. United kini menempah laluan berliku untuk 4 teratas. Mujur dalam satu lagi perlawanan Arsenal tewas.

Kehilangan tempat dalam UCL bukan pilihan yang baik untuk Man. United. Selepas ini mereka ada perlawanan berhadapan dengan Chelsea. Mereka perlu menang kesemua baki perlawanan dan turut bergantung kepada beberapa keputusan lain.