EPL: 4 Gol Son Pastikan Soton ‘Lembik’ Dibelasah Spurs

Son Heung-min Tottenham Hotspur EPL

Pemain kebanggaan Asia, Son Heung-min menjaringkan empat gol bagi mememastikan Tottenham Hotspur meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menumpaskan Southampton 5-2 di Stadium St. Mary.

Penyerang England, Harry Kane turut cemerlang dengan menyumbang satu gol serta menjadi pembantu jaringan untuk kesemua empat gol Son dalam perlawanan berkenaan.

Spurs yang tumpas 1-0 kepada Everton dalam aksi pembukaan minggu lepas terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pertama tuan rumah menerusi Danny Ings yang menyudahkan hantaran bekas pemain Spurs, Kyle Walker-Pieters.

Namun Son menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat hanya beberapa minit sebelum rehat separuh masa dengan menyambut hantaran kemas Kane.

Dua minit selepas perlawanan bersambung, penyerang Korea Selatan tersebut kemudian meletakkan Spurs di depan menerusi rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol Soton, Alex McCarthy buat kali kedua dalam situasi satu lawan satu.

Gol ketiga Son hadir pada minit keempat menerusi hantaran bijak Kane yang mengatasi garisan tinggi pertahanan lawan dan disudahkan dengan sempurna oleh penyerang berusia 28 tahun tersebut.

The Saints terus dihukum dengan gol keempat peribadi Son dalam perlawanan ini yang sekali lagi dibantu oleh hantaran Kane sebelum penyerang Englang tersebut menyumbat gol pertamanya dengan tindakan susulan selepas McCarthy menyelamatkan percubaan Erik Lamela.

Ings sekali lagi menjaringkan gol saguhati buat Southampton menerusi penalti pada penghujung perlawanan setelah Matt Doherty dipersalahkan kerana bola terkena tanggannya dalam kotak penalti, namun ia tidak cukup untuk menafikan kekalahan ketiga berturut-turut pasukannya musim ini.

Spurs yang mengutip tiga mata pertama musim ini naik ke tangga kelima liga sementara Soton pula kini masih kekal tanpa sebarang mata bersama beberapa pasukan lain termasuk Manchester United.

Ia juga kemenangan yang penting buat Jose Mourinho yang berjaya menambah kekuatan pasukan dengan membawa masuk Gareth Bale dan Sergio Reguilon yang bakal diturunkan dalam perlawanan akan datang.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN