EPL 2020/21: Tandukan Firmino Pastikan Tottenham Turun Takhta Liga

Firmino

Jaringan lewat permainan dihasilkan Roberto Firmino berjaya membantu juara bertahan, Liverpool mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi ke-13 kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 yang berlangsung di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan bermakna tersebut juga melonjakkan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu di tangga teratas liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Tottenham yang mengumpul 25 mata.

Corak permainan pantas ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Liverpool seperti kebiasaan lebih mendominasi permainan manakala Tottenham pula menanti peluang terbaik untuk melakukan serangan balas pantas.

Ia jelas terbukti apabila Liverpool menguasai 76 peratus kawalan permainan dan mencipta 11 percubaan tepat ke arah pintu gol Spurs yang dikawal penjaga gol berpengalaman, Hugo Lloris. 30 minit awal menyaksikan Liverpool mendapat empat percubaan tepat yang mana tiga daripadanya mudah dinafikan penjaga gol kelahiran Perancis itu.

Tetapi, percubaan daripada Mohamed Salah pada minit ke-26 yang membias terkena kaki Toby Alderweireld dan Eric Dier hanya mampu dipandang Lloris sekali gus memberikan jaringan pendahuluan buat kelab Merseyside tersebut.

Kegembiraan kem tuan rumah itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tujuh minit apabila Son Heung-min yang menerima lorongan daripada Giovani Lo Celso, dengan tenang menuju ke dalam kawasan penalti dan kemudiannya menyempurnakan peluang bagi kembali mengikat kedudukan.

Tidak mahu gawangnya terus dibolosi susulan tekanan hebat diberikan Liverpool, LLoris bertindak cemerlang dalam menafikan percubaan pada minit ke-35 dan 41 dijelmakan oleh Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Harry Kane mendapat peluang keemasan untuk meletakkan Spurs dihadapan pada minit ke-50 tetapi percubaan lambung dilakukannya ketika melihat Alisson Becker sedikit terkeluar dari posisinya dinafikan penjaga gol skuad kebangsaan Brazil itu.

Kekecewaan Kane itu turut dirasai Salah selepas percubaan melencongnya dalam kawasan penalti berjaya digagalkan oleh Lloris pada minit ke-57. Enam minit kemudian, Steven Bergwijn hampir membuatkan penyokong tuan rumah terdiam tetapi percubaan ‘placing’ ketika Alisson sudah pun tertewas sekadar singgah di tiang gol.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-90, Firmino muncul wira pasukannya apabila tandukan beliau susulan sepakan penjuru yang diambil Andy Robertson terus menerjah gawang Tottenham bagi menghadiahkan kemenangan kelapan buat Liverpool.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN