EPL 2020/21: Fulham 1-2 Manchester United

Paul Pogba menjaringkan gol kemenangan untuk Manchester United sekaligus mengembalikan skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer di persada Liga Perdana Inggeris.

Namun demikian Manchester United terpaksa bangkit dari ketinggalan sebelum merekodkan kemenangan yang menyamai rekod tanpa kalah di tempat lawan terbaik mereka sebelum ini.

United ketinggalan seawal minit ke-5 melalui jaringan Ademola Lookman selepas pemain itu menewaskan perangkap offside.

Buat kali ketujuh beraksi di luar Old Trafford sepanjang musim 2020/21 ini, United kemudiannya bangkin untuk menang – dengan rekod 17 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan sepanjang aksi Premier League setakat ini.

Kebangkitan dan kemenangan United dalam perlawanan ini boleh dikatakan hasil pemberian lawan dan magis yang ditampilkan oleh Pogba melalui imaginasi luar biasanya.

Penjaga gol Fulham, Alphonese Areloa beraksi dengan baik untuk The Cottagers namun kesilapan gagal mengekang hantaran lintang Bruno Fernandes tidak disia-siakan Edinson Cavani yang menyamakan kedudukan untuk Red Devils pada minit ke-21.

Selepas sejam permainan, Pogba kemudiannya meledakkan jaringan yang menuju ke sudut gawang untuk menewaskan Areloa dari jarak 20 meter.

Pogba kini berada di kemuncak prestasi selepas sebelum ini komitmen beliau kerap kali dipersoalkan oleh penyokong Manchester United sendiri.

r.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN