EPL 2020/21: Chelsea, Tottenham Terikat Tanpa Jaringan Di Stamford Bridge

Chelsea

Aksi ‘Derbi London’ yang menemukan Chelsea dan Tottenham Hotspur di Stamford Bridge menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan pada perlawanan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, sebentar tadi.

Perlawanan yang pada mulanya dijangka berlangsung sengit bagaimanapun begitu meleset setelah aksi hambar dipamerkan apabila hanya empat serangan tepat ke arah pintu gol dapat dihasilkan di mana tiga daripadanya menjadi milik Chelsea.

Keputusan itu juga meletakkan Tottenham Hotspur kembali berada di tangga teratas walaupun terikat 21 mata bersama juara bertahan, Liverpool. Skuad bimbingan Jose Mourinho itu bagaimanapun memiliki kelebihan perbezaan jaringan. Manakala Chelsea pula di tangga ketiga dengan 19 mata.

Beraksi pada perlawanan ke-1000 di bawah ‘pemerintahan’ Roman Abramovich yang mengambil alih kelab tersebut pada Jun 2003, Chelsea memperlihatkan penguasaan bola yang begitu baik berbanding Tottenham.

Hakim Ziyech terlebih dahulu mengancam kubu pasukan pelawat pada awal permainan tetapi percubaan voli diledakkannya dari luar kawasan penalti ditangkap kemas penjaga gol berpengalaman, Hugo Lloris.

Chelsea berjaya membolosi gawang Tottenham menerusi percubaan ‘placing’  Timo Werner pada minit ke-11 tetapi jaringan penyerang skuad kebangsaan Jerman itu dibatalkan selepas beliau terlebih dahulu berada dalam kedudukan ofsaid.

Satu-satunya percubaan tepat dimiliki Tottenham Hotspur hadir pada minit ke-15 apabila Serge Aurier melakukan rembatan dari luar kawasan penalti. Namun, Edouard Mendy bertindak cemerlang menafikan percubaan tersebut. Ia juga bermakna Mendy telah memperoleh ‘clean sheets’ kelima dalam saingan liga selepas mengharungi enam perlawanan bersama Chelsea.

Selepas itu, perlawanan menjadi begitu hambar dan suhu perlawanan sedikit berubah pada lewat permainan setelah Chelsea mendapat dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Mason Mount meledakkan rembatan padu pada minit ke-81 dari luar kawasan penalti tetapi Lloris tangkas bagi menafikan percubaan tersebut dan beliau sekali lagi menjadi penghalang buat Chelsea untuk menjaringkan gol selepas menggagalkan percubaan lambung daripada Olivier Giroud dari jarak dekat ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.

Kredit featured image: Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN