EPL 2020/21: Arsenal Kembali Rasai Nikmat Raih Mata, Terikat 1-1 Bertemu Southampton

Arsenal

Arsenal akhirnya dapat menghela nafas lega apabila berjaya mengutip satu mata setelah terikat 1-1 menentang Southampton pada perlawanan ke-13 kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 yang berlangsung di Emirates Stadium, sebentar tadi.

Meskipun bukanlah satu keputusan yang boleh dibanggakan oleh Mikel Arteta dan anak buahnya tetapi satu mata tersebut sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan dalam kem Arsenal  pada ketika ini.

Sebelum perlawanan ini berlangsung, Arsenal telah kecundang tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan liga sehingga menyebabkan pasukan dari London Utara itu mendapat kecaman hebat banyak pihak berikutan aksi hambar dipamerkan.

Pemain sayap lincah, Bukayo Saka terlebih dahulu menguji gawang pasukan pelawat yang dikawal Alex McCarthy, namun percubaannya dalam kawasan penalti mudah ditangkap kemas penjaga gol berusia 31 tahun itu pada minit ke-16.

Hanya berselang dua minit kemudian, bekas pemain, Theo Walcott membuatkan kem Arsenal tersentak apabila beliau berjaya menyempurnakan peluang terhidang susulan lorongan cantik dilakukan Che Adams ke dalam kawasan penalti untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Arsenal yang sesekali cuba untuk memberikan ancaman ke kubu Southampton mendapat peluang pada minit ke-42 tetapi percubaan ‘placing’ daripada rekrut termahal pasukan, Nicolas Pepe setelah menerima lorongan Dani Ceballos, mudah ditangkap McCarthy.

Jaringan yang dinantikan pasukan tuan rumah menjelma pada minit ke-52 menerusi ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang selepas beliau menerima umpanan baik daripada Eddie Nketiah dalam kawasan penalti.

Beliau yang tidak dikawal pertahanan Southampton, dengan tenang melakukan percubaan ‘placing’ untuk kembali menyamakan kedudukan. Kredit juga harus diberikan kepada Saka yang mempamerkan kelincahannya dengan melepasi kawalan tiga pemain Southampton sebelum beliau membuka ruang hantaran buat Nketiah.

Gol tersebut telah menamatkan kemarau jaringan Aubameyang yang kali terakhir menyumbangkan gol buat Arsenal dalam kempen liga pada 2 November lalu di mana merupakan gol kemenangan mereka ketika menewaskan Manchester United.

Arsenal dan layangan kad merah nyata begitu akrab pada musim ini apabila Gabriel diperintah keluar padang pada minit ke-63 setelah beliau menerima dua kad kuning.

Selepas itu, kedua-dua pasukan mendapat peluang terbaik bagi mengubah kedudukan menerusi Nathan Redmond dan Rob Holding. Namun, percubaan mereka sekadar singgah di palang gol untuk Arsenal dan Southampton berpuas hati dengan satu mata.

Kredit featured image: Clive Rose/Getty Images

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN