Kekalahan 3-0 Tottenham kepada Brighton & Hove Albion sebentar tadi bukan sahaja memburukkan keadaan pasukan itu. Lebih dahsyat lagi dalam perlawanan berkenaan telah berlaku insiden mengerikan di mana Hugo Lloris mengalami kecederaan serius pada tangannya.
Seawal minit ketiga, kapten pasukan Perancis itu melakukan kesilapan selepas gagal menangkap kemas bola hantaran Pasccal Gross dan kemudiannya beliau terjatuh lalu mendaratkan tangan beliau dalam keadaan yang tidak sepatutnya.
Neal Maupay tidak mensia-siakan peluang dengan menanduk masuk bola ke dalam gawang pasukan pelawat
https://twitter.com/kapilamin/status/1180447836846075907?s=20
Kapten Spurs itu terbaring selama lima minit di atas padang dan dilihat diberikan bantuan kecemasan dengan dipakaikan topeng oksigen.
Lloris kemudiannya diusung keluar padang dan kemudiannya terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Paulo Gazzaniga dibawa masuk untuk meneruskan perlawanan.
Lloris 🙏🏼
— David de Gea (@D_DeGea) October 5, 2019
Kesilapan Lloris kali ini bukanlah yang pertama pada musim ini di mana beliau turut melakukan kesilapan semasa menentang Southamton pada minggu lepas. Begitu juga sewaktu melepaskan tujuh gol ketika berhadapan Bayern Munich tempoh hari.
Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu dihukum sekali lagi pada minit ke-32 hasil rembatan jarak dekat Aaron Connolly walaupun Gazzaniga pada awalnya telah berjaya menyelamatkan sepakan pemain muda berkenaan.
🥇@AaronConnolly_9 is the 1st teenager to score in the @premierleague this season & also becomes @OfficialBHAFC's youngest PL scorer #PL pic.twitter.com/RO9Sob7IYG
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) October 5, 2019
Selepas rehat separuh masa, Pochettino mengubah taktikalnya dengan memasukkan Harry Winks bagi menggantikan Tanguy Ndombele yang dilihat begitu bergelut dan gagal bermain dengan baik pada separuh masa pertama.
Beliau turut mengubah posisi Eric Dier ke bahagian bawah untuk membentuk barisan pertahanan bertiga bersama Jan Vertonghen dan Toby Alderweireld. Kesannya corak permainan Spurs lebih baik pada separuh masa kedua.
Tetapi ianya tidak dapat menghalang The Seagulls menambah luka Spurs dengan jaringan ketiga. Connolly yang menerima hantaran jauh Lewis Dunk dan kemudiannya menggelecak ke bahagia dalam melepasi kawalan Alderweireld seterusnya melakukan rembatan padu menuju ke penjuru kiri gawang Spurs.
Lucas Moura yang dimasukkan pada minit ke-72 menggantikan Son Heung-Min hampir memberikan gol saguhati buat pasukan pelawat. Namun kecekapan Matt Ryan memastikan kecemerlangan Brighton dalam perlawanan ini.
Aaron Connolly yang dikeluarkan 10 minit sebelum tamat masa perlawanan mendapatkan tepukan gemuruh dari penyokong tuan rumah di Stadium Amex yang mengkagumi persembahan cemerlang pemain berusia 19 tahun itu.
Proud moment, thanks for all the messages🙌#BHAFC https://t.co/6VWaKUFlG6
— Aaron Connolly (@AaronConnolly_9) August 27, 2019
Kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh lima hari meletakkan kedudukan Pochettino dalam keadaan bahaya sekalipun jurulatih warga Argentina itu sebelum perlawanan menegaskan beliau tidak akan meninggalkan Tottenham.
Menjelang tempoh rehat untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa, Spurs kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang bermain kurang satu perlawanan.